Ramalan melalui Tangan di India mempunyai sejarah selama ribu-ribu tahun yang lalu. Ada lebih daripada satu sistem utama berasal dari karangan kuno. Sekolah yang lebih terkenal iaitu samudrika sastra, berasal dari karangan Samudra. Sekolah yang terkenal di India Selatan ialah sariraka sastra berasal dari karangan Kartikeya. Cara ini juga dikenali sebagai sistem skanda.
Pengikut sariraka sastra mendakwa bahawa cara ini lebih kuno dan lebih sah, bahawa samudrika sastra sudah dicairkan dan dipermudahkan dari ajaran asli. Sariraka sastra menitikberatkan rekhas atau retak tapak tangan. Hingga 153 diperakui. Di samping itu, retak hidup, atau atma rekha atau rohini, dibaca mulai dari pangkalan tapak tangan ke atas.
Tanda Hindu Tanda di tangan berpengaruh dalam ramalan melalui tangan cara Hindu. Risalah lama mengenai ramalan melalui tangan membincangkan 23 tanda lain, cuma sedikit daripadanya dimasukkan oleh ramalan melalui tangan Barat tradisional.
Tanda lain nasib baik termasuk gunting, anak panah, ekor ikan, kendi, kepala tombak dan gelang kaki.
- Yav Di pangkalan ibu jari sebelah kanan yav bererti seorang anak lelaki, di pangkalan ibu jari sebelah kiri yav bererti seorang anak lelaki angkat, jika terdapat di pangkalan retak nasib menandakan kehilangan ibubapa sewaktu berumur muda.
- Ikan Kekayaan dan kemewahan.
- Kepah Wang dan kemasyhuran. Tanda luar biasa.
- Trident Tanda bernasib baik menandakan kekayaan dan kemasyhuran.
- Padma Tanda luar biasa berertinya sama dengan trident dengan makna tambahan iaitu keagungan. Disangka berada di kaki dan tangan Sang Krishna atau Sri Rama.
- Langit-langit Kuasa, kekayaan dan penghormatan. Disangka berada di kaki Sang Krishna. Tanda luar biasa.
- Bulatan Tanda luar biasa. Di Bukit Matahari tanda ini bernasib baik tetapi terdapat tempat lain bernasib buruk. Di Bukit Bulan menandakan mati lemas. Satu menandakan kepandaian, dua keindahan, tiga kemewahan, empat kemiskinan, lima kebijaksanaan, enam kecerdasan, tujuh kasih kesunyian, lapan kemiskinan,sembilan seorang raja, sepuluh seorang pegawai kerajaan!
- Kerang atau lingkaran Juga bernama Shankha. Ini terdapat di hujung jari. Satu menandakan seorang raja, dua kekayaan, tiga kuasa kerohanian, empat kemiskinan, lima kekayaan, enam kerohanian, tujuh kemiskinan, lapan kekayaan, sembilan kerohanian, sepuluh kemiskinan.
- Bendera kekuatan sifat, penolakan dan ketulenan bersama kekayaan dan kejayaan.
![]()
- Panah Tanda luar biasa terdapat di tangan kerabat diraja, jutawan dan orang agung.
- Pokok Tanda kejayaan.
- Kuil Juga dikenali sebagai Shivalaya. Tanda kejayaan dan kekayaan, kedudukan tinggi dalam masyarakat.
- Segi Tiga Di Retak Hidup menandakan memperoleh harta. Di retak pergelangan tangan (rascette) menandakan laluan masuk ke kekayaan orang lain dan kemuliaan. Di Segi Tiga Besar di antara Retak Hidup dan Retak Nasib menandakan kemasyhuran tentera.
- Ular Pembangkang daripada musuh.
- Pedang Juga dikenali sebagai Kuther Rekha. Di Bukit Matahari menandakan kesukaran dalam kehidupan.
- Neraca Kekayaan dan kemakmuran.
- Bulan dan Matahari Kemuliaan, penghormatan dan penghargaan oleh orang lain.
- Swastika Penghormatan, kekayaan dan kemasyhuran.
- Diksha Rekha Retak Penolakan terdapat di bawah jari telunjuk (jari Jupiter). Menandakan kecerdasan, pertimbangan, kekayaan, pengetahuan ilmu rahsia dan setengah rekha menandakan ketidakrelaan bekerja untuk kemajuan kebendaan.
- Hanwant atau Kapi Rekha Segi tiga terdapat di hujung atas Retak Hidup, Retak Nasib, Retak Kepala dan Retak Matahari menandakan seorang warak sekali dengan wawasan terang dewata.
- Cincin Zuhal Mengelilingi pangkalan jari hantu (jari Zuhal). Ilmu sihir dan kuasa ghaib.
Tanda lain untuk mencarikan ialah oktagon, Bintang Shiva, tanda planet, dagoba, roda cikar, kacang dal, rantai leher, sinaran matahari, payung, ekor ikan berganda, layang-layang, biji, bunga, kalungan bunga, pintu, gunung dan bintang bersegi lapan.
Di tangan orang perempuan, kemunculan anak panah, segiempat berganda, neraca, pedang, padma dan bintang bersegi lapan menandakan kemakmuran dan hidup yang panjang.
Berlawanan dengan anggapan umum, tidak ada pengajaran untuk membaca tangan sebelah kiri orang perempuan dan tangan sebelah kana orang lelaki. Di India Kuno, perkara berkaitan dengan nasib dilihat sebagai mempengaruhi kedua-dua orang lelaki dan orang perempuan sama. Tangan sebelah kiri dilihat sebagai menggambarkan siapa yang anda ada di dunia ini dan tangan sebelah kanan, siapa yang anda akan ada di dunia yang akan datang.
Bagaimana mengetahui Ascendant
- Kira bilangan garisan tegak di phalanges kedua dan ketiga jari Utarid (jari kelingking) di kedua tangan.
- Darab angka itu dengan 13 dan tambah 5.
- Bahagikan dengan 12 dan dapatkan baki.
- Baki ini digunakan untuk mengatahui Ascendant. Baki ini dihitung dari Aries. 0 = Aries, 1 = Taurus etc.
ENAM RETAK TANGAN DI PELBAGAI TRADISI Barat Moden Eropah Zaman Pertengahan India Psychodiagnostic Retak Hidup Retak Hidup Retak Ibu
Retak HidupThenar Line Retak Hati Table Line
Mensal Line
Retak NasibRetak Nasib Upper Transverse Line Retak Kepala Natural Line, Retak Limpa Retak Ayah
Retak LimpaLower Transverse Line Semula balik ke atas | Laman Utama
Ramalan melalui Tangan Barat | Ramalan melalui Tangan Cina
Astrologi Vedik
Recommended books on palmistry