Klikkan di sini jika daftar tidak dilihat di sebelah kiri

Panduan Serena tentang
Astrologi Vedik

Ilmu Nujum Vedik sudah diamalkan sejak beribu-ribu tahun yang lalu di India dan iaitu ilmu dihormati oleh kerajaan India. Vaidyas (dokter) perubatan ayurvedik bertujuan memeriksa surat nujum pesakit mereka untuk maklumat lebih lanjut, sebagai melakukan pengamal vastu. Anda boleh pergi ke Club Cyber Astro untuk pengiraan percuma surat nujum Vedik anda.

Know thyself. Apa bezanya di antara Astrologi Vedik dan Astrologi Barat?

Astrologi Vedik dikenali sebagai Astrologi Sidereal juga kerana menjejak kedudukan Matahari, Bulan dan planet dibandingkan dengan kedudukan bintang. Western Astrology dikenali sebagai Astrologi Tropik juga kerana it menjejak Matahari, Bulan dan planet dibandangkan dengan Bumi dan titik kemusiman (seasonal points).

Sepanjang alaf yang lalu, titik di mana sistem kedua ini bermula tahun astrologik sudah terasing dengan kira-kira 24 darjah. Equinox Musim Semi atau Vernal yang menandakan permulaan Zodiak bermula pada 6º Pisces lebih baik daripada pada 0º Aries sebagai di Zodiak Tropik.

Perbezaan di antara permulaan tahun astrologik keduanya bernama ayanamsa. Jika anda dilahirkan di antara 15 dan 20 bulan, tanda anda beralih ke belakang sebanyak satu tanda di Astrologi Vedik.

Malahan, setiap 72 tahun Vernal Equinox beralih ke belakang (atau "precedes") sebanyak 1º. Zaman Aquarius akan bermula masa Matahari naik pada Aquarius pada pagi Vernal Equinox dalam kira-kira 430 tahun. Astrologi Vedik akan mengakui ini tetapi Astrologi Barat akan bermula tahun pada 1º Aries. Tetapi pun ada juga sistem-sistem yang berbeza di dalam tradisi Vedik. Pengiraan rasmi ayanamsa berdasarkan pengiraan N. C. Lahiri ada sistem juga yang digunakan berdasarkan Raman, Krishnamurti dan Sri Yukteswar.

Astrologi Vedik biasanya menggunakan sistem rumah yang sama (equal house system). Ada juga 27 tanda berdasarkan gerakan Bulan yang bernama nakshatra. Setiap tanda meliputi kira-kira sehari. Planet kunci atau graha iaitu Matahari (Surya/Ravi), Bulan (Chandra/Soma), Marikh (Kuja/Mangala), Utarid (Budha), Musytari (Guru/Brihaspati), Zuhrah (Sukra), Zuhal (Shani/Sani), Rahu dan Ketu (Nodes of the Moon Utara dan Selatan). Rahu menandakan takdir kebendaan dan karma, sementara Ketu menandakan penyedaran. Matahari, Marikh, Zuhal, Rahu dan Ketu ialah planet yang tidak bertuah. Ascendant dikenali sebagai Lagna Rasi.

PANCHANG

Kalendar atau takwim Hindu dikenali sebagai panchang. Di panchang kebanyakan maklumat berpunca dari pengiraan berdasarkan Bulan. Maklumat ini digunakan menentukan waktu betul untuk merayakan peristiwa tradisional Hindu dan menentukan hari bertuah atau tidak bertuah dan waktu untuk melakukan atau mengelak aktiviti tertentu. Panchang bererti lima anggota dalam bahasa Sanskrit dan ini merujuk kepada lima cara digunakan untuk membahagikan panjang sehari -- rashi, nakshatra, tithi, karana dan vara. (Lihat di bawah bagi senarai rashi dan nakshatra.) Nakshatra dibahagikan kepada 4 bahagian setiap sebanyak 3 darjah 20 minit yang bernama pada (kaki). Bulan Hindu, yang bermula dari hari selepas bulan penuh dan berakhirnya pada bulan penuh yang berikutnya, dibahagikan kepada setengah terang dan gelap. Setiap setengah ini dibahagikan kepada 15 tithi atau hari bulan. Setiap tithi dibahagikan lebih lanjut kepada 2 bahagian yang bernama karana. Vara tersebut ialah hari dalam seminggu.

Vara atau Hari dalam Seminggu
Hari AhadRavivaraMatahari
Hari IsninSomvaraBulan
Hari SelasaMangalvaraMarikh
Hari RabuBudhvaraUtarid
Hari KhamisGuruvaraMusytari
Hari JumaatSukravaraZuhrah
Hari SabtuShanivaraZuhal

Tanda Vedic atau Rashi (Nirayana/Sidereal)
RashiNama BaratSamvata (bulan hindu)Haribulan
1. MeshaAriesVaishakha13 Apr - 14 Mei
2. VrishabhaTaurusJyeshta15 Mei - 14 Jun
3. MithunaGeminiAshadha15 Jun - 14 Jul
4. KatakaCancerShravana15 Jul - 14 Ogos
5. SimhaLeoBhadra15 Ogos - 15 Sep
6. KanyaVirgoAshwina16 Sep - 15 Okt
7. TulaLibraKartika16 Okt - 14 Nov
8. VrishikaScorpioMrigasirsa15 Nov - 14 Dis
9. DhanusSagittariusPausha15 Dis - 13 Jan
10. MakaraCapricornMagha14 Jan - 12 Feb
11. KumbhaAquariusPhalguna13 Feb - 12 Mac
12. MeenaPiscesChaitra13 Feb - 12 Apr

Nakshatras atau Rumah Bulan (Tanda Bulan)

  1. Ashwini (Mempunyai Kuda) - Waktu baik bagi tindakan cepat, mendapat lebih kekayaan, membeli atau menjual kereta, berjalan, bermula pengajaran. Ganesh - Remover of Obstacles
  2. Bharani (Menanggung) - Waktu bagi tugas kurang manis tetapi perlu, membakar barang-barang, menggerudi untuk air.
  3. Krittika (Pemotong) - Waktu bagi keberanian, kegagahan dan pendekatan perang, baik bagi memandu kereta.
  4. Rohini (Yang Berwarna Merah) - Baik bagi semua usaha yang baru, perkahwinan, meletakkan asas bangunan.
  5. Mrigasira (Kepala/Jalan Rusa) - Waktu bagi pernikahan, kawan baru, berkebun, mendapat benang suci, berjalan.
  6. Ardra (Yang Lembap) - Waktu bagi kerja-kerja kotor, persaingan, melawan balik.
  7. Punarvasu (Dua Baik-Semula) - Waktu bagi bermula sekali lagi, memperbaiki, mencari rumah, menikahi.
  8. Pushya (Memberi Khasiat) - Waktu bagi bertambah sihat, jamuan, musik dan tari-menari, berjalan, tetapi tidak bagi pernikahan.
  9. Aslesha (Berpautan) - Baik bagi melawan, membuang barang-barang tua dan tidak dimahu di hidup anda, berjuang sesuatu, ambil risiko.
  10. Magha (Yang Amat Berkuasa) - Waktu bagi tindakan mulia, ambil risiko, orang berpengaruh.
  11. Purva Phalguni (Yang Merah/Pokok Ara Dahulu) - Waktu bagi menahan orang musuh anda, menggunakan dalih, berjudi tetapi jangan ambil risiko fizikal.
  12. Uttara Phalguni (Yang Merah/Pokok Ara Terkemudian) - Baik bagi permulaan baru, pernikahan, rumah baru, janji dan nazar.
  13. Hasta (Tangan) - Waktu bagi kestabilan atau pendekatan baru, untuk hasil yang tahan.
  14. Chitra (Terang) - Baik bagi bertambah sihat, berkebun, pakaian baru, membaiki barang mekanikal.
  15. Swati (Pergi Sendiri) - Waktu baik bagi kemajuan dan perkembangan dalam perkara anda, kurang baik bagi perjalanan.
  16. Visakha (Yang Bercabang) - Waktu bagi pembinaan, urusniaga tanah, urusniaga kereta, penyembuhan.
  17. Anuradha (Radha Tambahan) - Baik bagi pernikahan, kewajipan, nazar, cuti, jamuan masuk rumah baru.
  18. Jyeshta (Anak Sulung) - Baik bagi kematangan, menghadapi musuh, meminta pengampunan.
  19. Mula (Akar) - Baik bagi berkebun dan pertanian, bekerja dengan air, memungkiri janji.
  20. Purvashada (Tidak Dikalahkan Dahulu) - Baik bagi membebas seseorang, membayar hutang, pengampunan, tidak baik bagi perjalanan.
  21. Uttarashada (Tidak Dikalahkan Terkemudian) - Waktu bagi merancangkan masa depan, penghiasan semula, rumah baru, perbaikan, pernikahan.
  22. Shravana (Trident) - Waktu bagi menyembuhkan, tindakan pencegahan, upacama keagamaan, tindakan nahas.
  23. Dhanistha (Yang Paling Kaya) - Baik bagi perjalanan, kereta baru, pertahanan diri, berkebun.
  24. Satabisha (100 Orang Penyembuh)- Waktu bagi menandatangan perjanjian untuk rumah dan tanah, baik bagi urusaniaga dan penyembuhan penyakit.
  25. Purva Bhadrapada (Kaki Bertuah Dahulu) - Waktu bagi tindakan berbahaya, pertanian, binatang kesayangan baru.
  26. Uttara Bhadrapada (Kaki Bertuah Terkemudian) - Waktu bagi kewajipan, nazar, pernikahan, rumah baru.
  27. Revati (Kaya) - Baik bagi perdagangan dan perniagaan, pernikahan, rumah baru, bangunan keagamaan.
Rumah Vedik
RumahNamaTerjemahanKeterangan
Rumah PertamaTanu BhavaRumah BadanRupa dan sifat dasar, kesihatan.
Rumah KeduaDhana BhavaRumah KekayaanKewangan, kebahagiaan keluarga, makanan/minuman, pelajaran.
Rumah KetigaSahaja BhavaRumah SaudaraKeberanian, tenaga, usaha, orang tetangga, tulisan, komunikasi, keseronokan.
Rumah KeempatMatru BhavaRumah IbuIbu, rumah, pendidikan, kegemaran, kebahagiaan.
Rumah KelimaPutra BhavaRumah AnakCinta, kecerdasan, spekulasi, penghamilan, permainan, perniagaan, kehidupan yang lampau.
Rumah KeenamRipu BhavaRumah Orang MusuhOrang pesaing, orang musuh, kelemahan, kecederaan, orang amah, kakitangan, orang pekerja.
Rumah KetujuhKalatra BhavaRumah PasanganPerkahwinan, cinta berahi, perkongsian, tempat tinggal asing atau perjalanan untuk perniagaan.
Rumah KelapanAyu BhavaRumah HidupKehidupan dan kematian, hal-hal ghaib, seks, kehilangan, mimpi, kekayaan pasangan, ketipuan.
Rumah KesembilanBhagya BhavaRumah NasibNasib, kebijaksanaan, agama, tuan.
Rumah KesepuluhDharma BhavaRumah Tindak-tanduk yang BetulKerjaya, kemassyuran, nama baik, perdagangan, perniagaan, belas kasihan.
Rumah KesebelasLabya BhavaRumah FaedahPeluang, wang, kawan, kehendak, keuntungan.
Rumah KeduabelasMoksha BhavaRumah Kebebasan MutlakKehilangan, kemiskinan, kebebasan, asmara, perjalanan panjang, ketipuan, pengorbanan diri, pengurungan.

MANIKAM DAN LOGAM SELAKU TANGKAL AZIMAT

Ada dua jenis planet dalam tiap horoskop, iaitu anukul-graha yang planet bertuah, dan pratikul-graha yang planet nahas. Peperiksaan yang teliti oleh pakar jyotish dan ayurveda dapat menetapkan planet mana yang bertuah dan pengaruh berfaedahnya dapat ditambah dengan menggunakan manikam atau logam yang cocok.

Anukul, iaitu planet yang bertuah, ialah terletak di posisi berfaedah dalam horoskop, iaitu kuat dalam rasi bintang sendirinya, di dalam rumah baik, ianya penguasa rumah yang membawa kehasilan yang baik, atau selain itu berpengaruh positif.

Pratikul menandakan planet yang berpengaruh negatif terhadap kehidupan seseorang menurut horoskopnya. Contohnya, planet mungkin dilemahkan kerana berada di dalam dusthana dan ianya musuh tuan lagna. Malangnya tidak dapat memperbaiki pratikul-graha (planet yang terletak secara negatif) dengan memakai manikamnya, ini hanyalah berkesudahan derita tambahan.

Manikam dan Logam Planet
PlanetPermataManikamLogam
MatahariDelimaDelima bintang, GarnetTembaga
BulanMutiaraMoonstone(Manikam)
MarikhBatu karang merahBatu karang merah, GarnetEmas
MusytariNilam kuningTopaz keemasanPerak
UtaridZamrudOnyxLogam campur
ZuhrahIntan, Nilam putihZirkon putih, Batu karang putih(Mutiara)
ZuhalNilam biruAmetistBesi
RahuGomedha (Zirkon)Gomedha (Zirkon)/Batu Akik 
KetuCat's EyeCat's Eye/Batu Akik 

Semula balik ke atas | Laman Utama
Ramalan melalui Tangan Vedik
Ilmu Nujum Umum | Astrologi Cina