Anda bertenaga psychic?
Mungkin anda sudah mendengar tentang pepatah new age yang menyatakan bahawa segalanya di dalam dunia ini adalah berhubung. Apakah ertinya yang sebenar? Jawapannya amat mudah...
Kita sering berhubung tiap kali terfikir antara satu sama lain. Kita juga berhubung pada tingkat psychic apabila kita berselisih dengan orang lain semasa berjalan.
Tiap kali anda terfikir tentang seseorang, waktu itu, dalam detik yang pendek anda sebenarnya sedang berhubung dengan orang tersebut. Kalau orang yang anda terfikir itu tadi seorang yang sensitif, mungkin ia juga akan merasa anda fikirkan.
Contoh yang paling mudah ialah, pernahkah terjadi pada diri anda peristiwa seperti ini?
Hari itu tiba-tiba hati anda terasa agak kelainan. Tidak lama selepas itu, seseorang yang sudah lama tidak anda temui, telah menalifon anda. Dan dalam perbualan itu dengan spontan anda mengatakan bahawa "anda memang baru terfikir tentang dirinya".
Sebab itu juga sekiranya anda tidak suka atau membenci seseorang, jangan anda fikir tentangnya. Kerana nanti, ia juga akan terasa anda sedang mengingatinya. Akhirnya anda juga yang akan merana kerana lama-kelamaan orang tersebut tentu akan menghubungi atau menghubungi anda. Sebaik-baiknya fikir tentangnya tetapi ingatkan ia tentang kebaikan.
Sebenarnya ramai orang yang mengalami, sudah terasa di dalam hatinya beberapa detik sebelum talifon berdering. Atau pun terbangun beberapa saat sebelum jam loceng berbunyi. Begitu juga anda bolehapa tujuan pengirimnya. Malah kadang-kadang saya boleh merasainya beberapa hari sebelum itu.
Tetapi apa tindak balas kebanyakkan orang tentang keterangan di atas? Kebanyakannya akan mengatakan bahawa ituadalah kebetulan sahaja. Tidak ada bukti dan keterangan yang rasional mengenainya. Akhirnya mereka tidak mempedulikannya lagi.
Mengapa mereka tidak cuba belajar percaya kepada kejadian semulajadi ini? Mungkin mereka tidak sedar bahawa mereka dibekalkan satu lagi pancaindera yang dipanggil psychic oleh Tuhan.
Walaupun contoh ini kecil dan tidak penting dalam gambaran menyeluruh, jangan jatuh dalam perangkap tidak mahu mempedulikan bisikan firasat anda. Apa yang perlu anda buat ialah, mula percaya dengan bisikan yang amat kecil kesedaran anda.
Dengan latihan, bisikan ini menjadi semakin terang, yang berbeza dengan fikiran sehari-hari. Lama-kelamaan ia akan menjadi semakin kuat...
Anda juga perlu melatih diri untuk menggunakan pemilihan tentang apa yang anda ambil secara psychic dari sekeliling. Contohnya anda berada di dalam satu bilik bersama dengan 20 orang yang lain. Semua orang berbual dan ada yang ketawa.
Anda akan mendengar pelbagai suara dan bentuk percakapan. Anda tentu tidak akan faham atau mengetahui dengan jelas setiap butir percakapan mereka. Namun jika anda memusatkan fikiran anda, anda boleh merasa salah satu percakapan walaupun di bilik sebelah!
Sebaliknya jika anda biarkan fikiran anda mendengar semua perbualan, fikiran anda akan bingung, ditambah pula dengan semua pergerakan yang dilakukan oleh mereka di sekeliling anda. Akhirnya kepala anda jadi sakit dan terasa dikosongkan secara fizikal.
Anda perlu menggunakan pemilihan untuk melindungi dan mengelakkan otak anda dari kelebihan muatan.
Rilekslah...
Perlu merasa santai, senang dan tenang untuk melakukan pada tingkat terbaik. Tekanan jasmani dan mental menegangkan otot-otot dada, yang menyusahkan pernafasan dan mempengaruhi semua otot badan. Aliran tenaga menerusi badan akan diganggu dan susah untuk merasa hubungan kepada apa sahaja.
Pokoknya, badan yang penat dan tegang tidak akan menolong anda pada tingkat mana pun.
Aliran tenaga ini telah lama dikenali oleh orang Cina dan India sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pengajaran Cina merujuk kepada chi dan India pula merujuk kepada prana.
Untuk menyampaikan kepada jasmani yang bersantai itu, meditasi, senaman, yoga atau tai chi lazim boleh mengakibatkan pengenduran dan menguatkan badan. Untuk mencapai tahap santai, anda hanya perlu bermeditasi selama 15 minit sahaja.
Tidak tahu caranya? Mudah sahaja.
Duduk di kerusi yang selesa dan bersantai. Adakah itu meditasi? Ya! Jika anda mengosongkan fikiran anda, tidak khuatir atau risau apa sahaja. Jangan terlalu memikirkan seseorang atau sesuatu masalah.
Biarkan fikiran anda terumbang-ambing, tiadda apa yang istimewa. Fikirkan tidak apa-apa istimewa. Selepas itu anda akan rasa kagum kerana buah fikiran atau cara atau cara pemecahan masalah yang timbul dengan tidak diduga-duga!
Untuk merasa berhubung dengan dunia umumnya, pertamanya anda perlu menerima bahawa semua manusia dan benda adalah berhubung Peringkat awalnya fikiran anda tidak akan rasa selesa kerana sudah biasa dengan batas-batas di sekeliling anda.
Anda perlu menerima bahawa segala apa yang terjadi bersebab baik dan semua orang mempunyai bahagian baik dan buruk. Konsep ini sebenarnya terlalu mudah tetapi susah sekali untuk menerima dan mempercayainya.
Apakah keistimewaan psychic anda?
Memang benar, semua orang mempunyai sejumlah kemampuan psychic, tidak kira bagaimana keadaannya pun. Samada dikembangkan atau tidak. Sekurang-kurangnya tiap orang mempunyai satu kemampuan psychic.
Ada empat kumpulan kemampuan psychic dan mungkin salah satunya sesuai dengan anda. Ia adalah empat panca indera psychic iaitu perasaan psychic, intuisi psychic, pendengaran psychic dan penglihatan psychic.
Perasaan psychic berkaitan dengan gerak hati, firasat, kawasan badan di solar plexus. Sering terjadi apabila seseorang itu rasa tidak selesa semasa hendak berjalan atau sudah berjalan, semuanya seperti serba salah. Mereka mempunyai perasaan yang tenggelam di bawah perut. Perasaan ini agak jasmani meski pun sering masih tidak terang.
Sophie merasa gelisah tiap kali suaminya menaiki kapalterbang kecil untuk urusan perniagaannya. Suatu hari suaminya menalifon dan memberitahu hendak menaiki kapalterbang. Tiba-tiba dia terasa tidak boleh bernafas dan terasa mual serta gugup di perutnya. Jadi, dia melarang suami dari menaiki kapalterbang tersebut. Malangnya suaminya telah menaikinya. Kapalterbang itu jatuh dan tidak ada orang yang terselamat!
Intuisi psychic adalah pengetahuan tertentu yang datang entah dari arah mana. Tak tahan lama tetapi perasaan ini jelas sekali. Inilah fenomenon yang mana anda "tahu saja". Walaupun tidak ada logik atau bukti yang menyokong pengetahuan itu.
Walaupun fikiran timbul dari arah mana, anda tidak menyangsikannya kerana merasa begitu pasti. Tetapi anda tidak boleh menerangkannya pun. Bentuk pengetahuan ini sering datang secara tiba-tiba dan tidak diminta-minta.
Paul sedang memandu di pergungungan dengan jalan yang berada di tebing yang tinggi. Semasa menghampiri satu selekoh tajam, yang terlindung arah hadapannya, dia terasa dipujuk untuk bergerak ke sebelah jalan, sejauh mungkin. Apabila dia melalui selekoh itu, sebuah lori panjang yang membawa muatan besar juga melaluinya. Jika dia tidak mendengar firasatnya tadi, tentu dia akan mengalami kecelakaan!
Tentang pendengaran psychic, ramai yang mengalaminya. Seolah-olah mereka mendengar sesuatu di dalam kepala mereka, di kawasan di bawah atas telinga. Ia juga dinamakan clairaudience.
Pengalaman yang anda pernah alami ialah nama anda dipanggil dengan kuat sedangkan tiada siapa di sekitar anda. Ibubapa juga sering mendengar anak mereka memanggil beberapa minit sebelum anak itu benar-benar memanggil atau menangis.
Tara sedang tidur dengan bayi yang baru dilahirkannya. Tiba-tiba dia terasa ada orang menepuk bahunya dengan kuat dan memanggil namanya. Dia segera terbangun dan melihat di sekelilin, tidak ada sesiapa. Tetapi dia peranjat apabila mendapati dia bergulung dengan bayinya dalam satu selimut, dalam keadaan bayi di bawah dia. Jika tidak ada yang 'mengejutkan' dia, tentu bayi dia akan mati. Pancaindera psychic yang terkenal ialah clairvoyance atau penglihatan psychic. Apabila anda mengalami perkara ini, anda sebenarnya sedang melihat dengan mata yang ketiga. Ia digelar mata misteri yang berada di atas sikit antara mat akita. Tetapi kuasa itu tidak setepat seperti yang ditunjukkan di dalam filem-filem.
Anda mungkin sering menerima pancaran penglihatan sebuah benda seperti papan tanda atau muka seseorang. Sepintas lalu sahaja. Secepat anda berkonsenstrasi mencuba "melihat" sisa pemandangan, penglihatan itu segera menghilang. Ada juga orang tertentu yang boleh melihat aura yang ada di sekeliling seseorang. Malah aura yang ada di sekeliling benda dan juga tumbuh-tumbuhan.
Sue sering menggunakan cara ini untuk mencari tempat letak kereta yang kosong ketika sampai di sesuatu tempat. Dia begitu optimis akan mendapat ruang kosong, kemudian dia akan melihat gambaran petak kosong yang ada. Selepas itu dia akan terus memandu ke tempat tersebut. Biasanya dia akan mendapat apa yang telah dilihatnya.
Kalau anda ingin mengembangkan pancaindera psychic anda, anda mestilah menerima firasat anda dan tunggu sehingga disahkan. Kedua, jangan meragukannya kecuali anda pasti ia salah.
Jangan mencuba merasa secara psychic jika anda dalam keadaan emosional atau perkara yang berkaitan dengannya. Juga dalam keadaan tertekan. Biasanya tidak akan berjalan dengan lancar.
Berseronok dan cubalah menduga apa yang akan terjadi, tidak ada tekanan, untuk suka-suka sahaja...
Sekarang cuba menduga siapa yang berada di hujung talian talifon anda, apakah yang akan pada hari ini. Adakah ianya baik atau buruk. Jangan khuatir jika bermulanya hari anda, keadaan gelisah dan ragu-ragu yang timbul. Rilekslah dan fikirkannya kemudian.
Semakin lazim anda bermula dengan firasat ini, anda akan mendapati diri lebih psychic secara semulajadi. Jangan sangka ramalan yang mengejutkan dan mengagumkan pada mulanya dan jangan memaksanya, takut nanti ianya hilang.

Balik semula ke atas | Laman Utama