Klikkan di sini jika daftar tidak dilihat di sebelah kiri

Panduan Serena
melalui Kaki

Selamat datang ke Laman Ramalan melalui Kaki!

Ramalan melalui kaki mempunyai sejarah lama di Iran, dulu dikenali dengan nama negeri Farsi. Bentuk dan rupa kaki dan jari kaki menunjukkan keperibadian seseorang, kekuatan dan kelemahan dia. Ramalan melalui kaki dikenali seperti podomancy, pedomancy atau solistry dan ada kena-mengena dengan ramalan melalui tangan.

Kaki Anda

Jari kaki mana yang melengkung ke ibu jari kaki (masa lampau)? Perhatikan bahawa ibu jari kaki berjauh dari jari kaki yang lain secara jelas. Saya terhutang budi kepada buku Tenen Lezen oleh Imre Somogyi, Uitgeverij Fundament, Arnhem, 1992 & 1997, untuk maklumat terkini untuk laman ini. Buku tersebut muncul dalam versi Inggerisnya bertajuk Reading Toes diterbitkan oleh The C.W. Daniel Company Ltd, Saffron Walden, UK, 1997.

Buy the book!
Cover Reading Toes: Your Feet as Reflections of Your Personality by Imre Somogyi
Imre Somogyi shows the reader the circumstances, thoughts and philosophy that has lead to the 'discovery' of "Reading Toes". Furthermore, the book contains a basic guide to reading toes that explains the different shapes and positions of the toes with clear illustrations. The accompanying text provides a quick insight into the methods of interpreting the different shapes and positions. This book is nowadays obligatory literature at academies for natural healing and reflexology in The Netherlands.

Setiap jari kaki mengenai daerah di badan lagi cakra badianiah. Apabila jari kaki minyimpang dari posisi biasa atau adalah bengkak, berwarna merah berbelulang, ertinya keterkaitan dengan gangguan di sebahagian badan maupun masalah emosional. Misalnya, seseorang yang mempunyai jari kaki keempat yang bengkak, sakit dan berwarna merah, mempunyai juga masalah dalam hidup emosional berkaitan dengan hubungan dan hal berkenaan dengan ikatan emosional, bahkan sering mempunyai gangguan di perut bahagian bawah juga.

Adalah penting untuk diingati bahawa makna jari kaki di sebelah kanan berbeza dengan makna jari kaki di sebelah kiri.

MAKNA JARI KAKI
Jari kakiMaknaUnsurCakra
Ibu JariIbu jari menguasai daya pernyataan diri diri
Kanan: Kegembiraan
Kiri: Kedukacitaan
Angkasa
(Eter)
Tekak
Jari kedua kakiKanan: Keinginan
Kiri: Perasaan
UdaraJantung
Jari ketiga kakiKanan: Perasaan agresif
Kiri: Kreativiti
ApiDaerah sekitar pusat
Jari keempat kakiKanan: Penyambung
Kiri: Cinta
AirAbdomen bagian bawah
Jari kelima kakiKanan: Ketakutan
Kiri: Percayaan & seks.
TanahLipat paha

Apa rupanya jari kaki?
Jari kaki boleh melengkung ke ibu jari kaki, atau melengkung ke jari kaki kelima. Boleh lurus atau tersepit di bawah. Jari kaki runcing, bulat, bersegi empat tetap, atau lebih lebar di hujungnya? Ada sebuah jari kaki rupanya bersembunyi di bawah jari kaki di sebelahnya? Ada garis di kuku? Jari kaki mudah lentur? Jari kaki kesakitan atau sensitif sekali?

Anda menggabungkan makna jari kaki sendiri dangan makna bentuknya. Misalnya, jika anda mempunyai jari kaki kedua yang besar di kaki sebelah kiri, ertinya anda dikuasai oleh perasaan dan keadaan emosional anda.

Jika anda mempunyai jari kaki kelima yang runcing di kaki sebelah kanan, ertinya anda mencuba menyembunyikan rasa ketakutan dan ketidakselamatan anda, tetapi rasa tersebut sering muncul secara tiba-tiba lalu dikawal semula.

Gunakan maklumat berikut supaya dapat tahu apa yang kaki jari anda mengatakan tentang sifat anda:

Jari kaki besar
Kekuatan jari kaki itu banyak dan sering berlebih. Orang yang mempunyai ibujari yang besar bertutur dengan fasih dan lancar. Mereka bercakap panjang lebar.

Jari kaki penyepit
Inilah terjadi apabila dunia di luar telah memaksa pembatasan atau apabila seseorang lain sedang mengawal pemilik jari kaki tersebut dan tidak menerima cara tertentu bagaimana pemilik menyatakan diri.

Jari kaki pendek
Kekuatan jari kaki itu dikawal dan sukar diucapkan.

Jari kaki bulat
Sensitiviti dan kebijaksanaan.

Jari kaki runcing
Kekuatan dilepaskan secara tiba-tiba lalu dikawal semula.

Bolehkah dilihat jari kaki yang lebih lebar di hujungnya? Jari kaki bersegiempat tepat
Kekuatan dinyatakan dengan sederhana dan akal budi. Pemilik jari kaki ini keras hati dalam bidang yang dilambangkan oleh jari kaki tersebut.

Jari kaki yang lebih lebar di hujungnya
Banyak kekuatan dinyatakan dengan kuasa.

Jari kaki yang tergeliat
Pemilik menunjukkan sikap luar yang berbeza daripada sikap yang di hatinya.

Jari kaki melengkung ke ibu jari kaki
Menengok di balik dan tidak melepaskan masa lampau.

Jari kaki melengkung ke jari kaki kelima
Tergesa-gesa untuk mencapai masa depan.

Garis membujur (vertikal) kuku
Penyakit metabolik berkaitan dengan kekuatan jari kaki itu.

Garis bersilang (horizontal) kuku
Ketidakstabilan perasaan berkaitan dengan kekuatan jari kaki itu.

Misalnya, kalau anda mempunyai ibu jari kaki yang sangat besar, anda cenderung cakap banyak tetapi tidak semua yang anda katakan berasas kepada realiti.

Kalau jari kaki kelima anda tersepit di bawah jari kaki di sebelahnya, anda mempunyai sedikit kepercayaan pada anda sendiri dan sukar mempercayai dan melepaskan kekuatan itu. Ini boleh dicerminkan dalam gelanggang seksual.

Ibu jari kaki kesakitan boleh mencerminkan kedukacitaan tidak dilepaskan yang masih mempengaruhi hidup anda secara negatif.

Kalau ibu jari kaki berjauh dari jari kaki yang lain, anda perlu masa sebelum anda biarkan dunia luaran mengenal fikiran dan perasaan dalaman anda.

Buy the book!
Cover Reading Toes: Your Feet as Reflections of Your Personality by Imre Somogyi
Imre Somogyi shows the reader the circumstances, thoughts and philosophy that has lead to the 'discovery' of "Reading Toes". Furthermore, the book contains a basic guide to reading toes that explains the different shapes and positions of the toes with clear illustrations. The accompanying text provides a quick insight into the methods of interpreting the different shapes and positions. This book is nowadays obligatory literature at academies for natural healing and reflexology in The Netherlands.

Kaki anda

Know thyself. Kaki berlengkung tinggi bererti anda seorang cendekiawan dan lebih suka dapat diselesaikan perkara dari sudut intelektual. Tetapi anda boleh terlalu berkhayal.

Kaki berlengkung rendah atau kaki datar bererti anda selalu seorang realist dan praktik. Anda perlu biarkan diri berkhayal sedikit lagi.

Kaki bengkak menunjukkan anda menahan diri terlalu dan tidak mahu atau tidak boleh menyatakan perasaan anda.

Ramalan India melalui Kaki

Ibu Jari Kaki

  • Panjang - pandai dalam perniagaan, kaya
  • Bulat - kecerdasan
  • Kecil - mementingkan diri sendiri dan tidak boleh dipercayai
  • Sederhana saiznya - murah hati dan boleh diharapkan
Jari kaki kedua
  • Gemuk - kekayaan tiba selepas 20 tahun
  • Jika lebih panjang daripada ibu jari kaki, tiada bantuan daripada anak sulung
  • Lebih pendek daripada ibu jari kaki - kewangan sederhana
Warna kuku
  • Berwarna tembaga - dikuasai oleh Matahari, semacam raja
  • Berwarna biru - dikuasai oleh Rahu, dihormati, kuasa
  • Berwarna kuning - dikuasai oleh Musytari, kaya
  • Berwarna hitam - dikuasai oleh Zuhal, tidak boleh dipercayai dan miskin
Saiznya Kaki
  • Kaki yang amat panjang bererti pemilik akan menjadi buruh
  • Kaki yang amat pendek bererti seorang pencuri, bangsat, seseorang yang tidak dapat dipercayai
  • Panjangnya sederhana bererti bernasib baik, kaya dan cerdas.
  • Panjangnya sederhana lagi berwarna merah bererti seseorang yang kaya dan menikmati hidup yang mewah
  • Jika ada enam jari kaki, pemilik mempunyai hidup baik tetapi selepas berumur 40 tahun ada lagi-lagi masalah
  • Jika kaki sebelah kiri lebih besar daripada kaki sebelah kanan, pemilik adalah seseorang yang penakut

Balik semula ke atas | Laman Utama