
Makna
Daun Terup
Jika anda perlu jawapan yang cepat kepada soal anda, hanya perlu mencabut satu kad. Satu kad boleh memberi kesan yang umum untuk soal tersebut. Jika perlu, anda boleh mencabut satu kad lagi untuk menerangkan kad pertama itu.
Selanjutnya, cara ini sesuai untuk dapat tahu bagaimana hari anda akan berjalan. Contohnya, mencabut kad lekuk bererti hal berkaitan dengan emosi dan rumah akan penting hari itu, mencabut kad daiman bererti hal berkaitan dengan kerja rajin dan perkara di luar rumah akan penting, mencabut kad kelawar bererti hal berkaitan dengan perniagaan dan wang akan penting, dan mencabut kad sepit bererti masalah dan kesukaran akan penting.
Bagaimana pun, memang tebaran yang memasukkan lebih daun terup memberi bacaan yang lebih terperinci.
Tebaran
Tebaran Tiga Daun: Tebaran ini memberi jawapan tepat pada sesuatu persoalan. Deretkan tiga daun dari kiri ke kanan.
1 2 3
Daun ini menggambarkan masa lampau (kad 1), kini (kad 2) dan depan (kad 3).
Tebaran ini boleh juga dilanjutkan ke Tebaran Sembilan Daun menggunakan tiga daun untuk masa lampau (barisan atas), tiga daun untuk masa kini (barisan tengah) dan tiga daun untuk masa depan (barisan bawah).
1 2 3
4 5 6
7 8 9
Tebaran Ladam: Tebaran ini memberi pemandangan lebih umum hidup anda dan menggunakan 21 daun. Letakkan tujuh kumpulan mengandungi tiga daun dalam bentuk ladam atau lengkung. Setiap kumpulan meliputi kategori.
Tujuh kategori ianya:
1 Situasi masa lampau.
2 Situasi masa kini.
3 Kemajuan pada masa depan dekat.
4 Apa yang tidak dijangka.
5 Orang sekeliling anda.
6 Halangan.
7 Akibat.
Tebaran Gypsy: Dari kiri ke kanan, letakkan tiga deret mengandungi tujuh daun. Deret tujuh daun di atas menggambarkan masa lampau. Deret di tengah masa kini dan deret di bawah masa depan. Tebaran berdaun 21 ini memerlukan kemahiran.
Sat: Rumah, percintaan, persahabatan, kegembiraan pada permulaan percintaan dan surat cinta.
Dua: Kejayaan dan kemajuan. Petunangan dan perkongsian hidup.
Tiga: Anda perlu berwaspada. Jangan katakan sesuatu yang anda akan menyesal.
Empat: Perubahan, perjalanan atau perpindahan rumah/perniagaan. Kahwin lewat.
Lima: Orang beriri hati sekeliling anda. Jangan tergesa-gesa membuat sesuatu keputusan yang membuatkan anda menyesal dikemudian hari.
Enam: Keuntungan tidak disangka-sangka dan seseorang membantu anda.
Tujuh: Orang tidak setia dan janji dimungkiri.
Lapan: Lawatan dan jemputan ke jamuan.
Sembilan: Berkeinginan dan impian menjadi benar.
Sepuluh: Untung dan kebahagiaan.
Pekak: Kawan biasa atau orang muda baik hati.
Nyonya: Wanita berbudi.
Raja: Orang lelaki baik hati yang penasihat yang baik.
Sat: Hadiah barang kemas. Khabar berita berkenaan wang. Surat.
Dua: Percintaan tidak bersetuju oleh orang lain. Perkongsian perniagaan.
Tiga: Masalah berkenaan undang-undang, pertengkaran di rumah. Surat berkenaan undang-undang.
Empat: Pusaka dan peningkatan dalam hal kewangan.
Lima: Kemajuan dalam perniagaan dan keluarga berbahagia.
Enam: Masalah dalam perkahwinan kedua.
Tujuh: Anda menerima khabar berita yang tidak disangka-sangka atau hadiah. Masalah dan kehilangan di kerja.
Lapan: Perkahwinan dan perjalanan di hidup lewat. Kemerosotan dan kenaikan kewangan.
Sembilan: Wang tidak disangka-sangka. Peluang perniagaan baru. Keresahan.
Sepuluh: Wang dan perjalanan penting. Perubahan yang keberuntungan.
Pekak: Saudara-mara. Berjaga-jaga dengan orang tidak jujur.
Nyonya: Wanita yang menyukai jamuan dan bualan, wanita yang suka mengurat.
Raja: Orang lelaki keras hati dan berpengaruh.
Sat: Kekayaan, kesihatan, cinta dan kebahagiaan dan surat berkenaan wang.
Dua: Fitnah, kekecewaan dan bangkangan.
Tiga: Perkahwinan dengan pasangan kaya. Wang tiba dari pasangan.
Empat: Perubahan bertambah buruk. Kebohongan dan pengkhianatan.
Lima: Kawan baru dan perkahwinan berjaya. Bantuan dari kawan.
Enam: Kajayaan dalam perniagaan dan mendapat bantuan kewangan.
Tujuh: Kemajuan, kejayaan dan waspada kesusahan berasal kaum perempuan (kalau anda lelaki) atau kaum lelaki (kalau anda perempuan).
Lapan: Kesusahan dalam perhubungan perniagaan dan peribadi. Cemburu dan ketamakan.
Sembilan: Kemajuan, peminat baru dan jangan keras hati.
Sepuluh: Wang yang tidak disangka-sangka. Untung dan perjalanan ke luar negara.
Pekak: Kawan yang boleh dipercayai.
Nyonya: Wanita cantik dan yakin pada diri sendiri.
Raja: Orang lelaki jujur, pemurah dan pengasih.
Sat: Perselisihan penuh perasaan, godaan, kematian dan krisis.
Dua: Perpisahan, fitnah dan tipu-muslihat dan perubahan susah.
Tiga: Ketidaksetiaan dan perpisahan. Berjaga-jaga dengan perkongsian.
Empat: Penyakit, kerisauan perniagaan dan kewangan dan janjian dimungkiri.
Lima: Keluarga berbahagia tetapi campur tangan dari orang lain dan bangkangan tetapi kejayaan kesudahannya.
Enam: Peningkatan kecil.
Tujuh: Kehilangan persahabatan, bebanan tidak terharap, amaran kehilangan dan dukacita.
Lapan: Kesusahan dan kekecewaan, rancangan berjalan buruk, sokongan membawa rebah dan pembatalan.
Sembilan: Malang dalam hal semua. Kesedihan dan energi rendah. Pemusnahan, kematian dan kebimbangan paling berat.
Sepuluh: Malang dan kebimbangan, kena penjara dan khabar sedih.
Pekak: Orang muda bermaksud baik tetapi belum matang dan tidak dapat dipercayai.
Nyonya: Janda perempuan dan wanita tidak bersopan santun.
Raja: Orang lelaki bercita-cita tinggi dan diberi kuasa.Joker: (tidak dimestikan) Kemajuan baru, permulaan baru, menanggung risiko.
Pengalaman akan menunjukkan anda makna peribadi yang lagi untuk daun terup tersebut. Ingat bahawa kunci untuk ramalan yang berjaya iaitu mempercayai makna itu dan jangan mengubah-ubahnya.
Balik semula ke atas | Laman Utama
Recommended books on cartomancy