Klikkan di sini jika daftar tidak dilihat di sebelah kiri

Panduan Serena
tentang
Ramalan melalui Tangan

Selamat datang ke laman ramalan melalui tangan!

Kenal diri. Sejarah ramalan melalui tangan bermula sejak zaman prasejarah lagi. Orang Cina sudah menggunakan kaedah ramalan ini sejak 5000 tahun lalu. Aristu telah menulis risalah berkenaan ramalan melalui tangan ini pada 350 pra-Masehi. Ilmu ramalan melalui tangan ini turut dipelajari oleh orang Rom, India (lihat Ramalan melalui Tangan Vedik), Cina (lihat Ramalan melalui Tangan Cina), Arab, Ibrani, Melayu dan Mesir juga.

Terdapat dua pendekatan yang berbeza ramalan melalui tangan. Cheiromancy ia meliputi pendekatan tilik nasib merujuk kepada retak tapak tangan. Sementara cheirognomy pula dikenali sebagai analisis mengenai kekuatan dan kelemahan keperibadian seseorang. Ianya termasuk cap jari dan rajah kulit. Kebanyakannya lebih suka memilih kedua-duanya sebagai pendekatan antara yang lama dan baru.

Dengan kelebihan websites ramalan melalui tangan yang ada tersedia, saya sudah memutuskan untuk menunjukkan maklumat yang kurang dikenali dan luar biasa. Orang yang suka menikmati pendekatan psikologik seharusnya menjelajah ke website bagus Arnold Holtzman berkenaan Psychodiagnostic Chirology.

Cincin di Jari
Memakai cincin di jari telunjuk menunjukkan anda mahu menguasai.

Memakai cincin di jari hantu menunjukkan anda selalu ambil berat yang berkaitan dengan kesejahteraan dan keselamatan.

Cincin di jari manis menunjukkan anda berminat untuk hal-hal percintaan.

Cincin di jari kelingking menunjukkan anda berminat untuk hal yang berkaitan dengan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan.

Cincin dipakai di ibu jari menunjukkan kehendak anda menguasai situasidengan keadaan kurang menyenangkan.

Menyilangkan tangan anda
Ibu jari mana berada di atas bila menyilangkan tangan? Kalau ibu jari sebelah kanan tinggal di atas, bermakna anda suka sesuatu yang logik daripada kreatif. Anda lebih suka membuat perancangan daripada untuk menyesuaikan diri. Belahan otak sebelah kiri menguasai diri anda.

Kalau ibu jari sebelah kiri berada di atas, anda adalah tokoh kreatif yang tidak ambil pusing untuk melakukan sesuatu dengan serta-merta. Belahan otak sebelah kanan menguasai diri anda.

Jari kelingking.
Jari kelingking anda berkeadaan lekuk di jari manis?
Itu bermakna anda adalah seorang yang cerdik. Semoga anda gunakan kecerdikan tersebut untuk tujuan kebaikan bukannya bertujuan untuk kejahatan!

Jari kelingking anda berkeadaan keluar?
Anda tidak takut pada sesiapa pun dan selalu bertindak nekat.

Jika anda memegang tangan dengan longgar di atas meja atau di berkeadaan tapak menghadap ke atas, dan jari kelingking masuk ke dalam. Itu bererti anda seorang yang kuat menyimpan rahsia.

Jika jari kelingking anda pendek dan agak melengkung ke jari manis.Itu bermakna anda sering mendapat kesusahan apabila membuat hubungan atau perjanjian dengan orang lain.

Jari kelingking anda kelihatan agak terkeluar dari tangan?
Itu bermakna anda seorang yang suka kepada kebebasan. Jika berbuat perjanjian, perjanjian tersebut tidak berjalan dengan lancar sebagaimana yang diharapkan. Oleh itu berwaspada apabila hendak berbuat sesuatu.

Jari kelingking anda kelihatan agak tebal?
Itu bererti anda seorang yang suka bertengkar dan setiapkali pertengkaran anda mesti hendak menang walau apa cara sekalipun. Anda juga sering memberikan kata-kata pedih pada pihak lawan.

RAMALAN MELALUI KUKU
Kebanyakan orang mempunyai tanda-tanda putih di setengah atau semua kuku mereka. Jumlah tanda berwarna putih atau kelabu menunjukkan waktu tekanan dan keletihan dan kemungkinan tidak seimbangan zinc dalam sistem badan anda dan beberapa ramalan lain.
Tanda putih tersebut bergantung pada letaknya ia pada kuku anda.
Jika ianya terletak di bahagian bawah kuku ia mengisahkan masa depan, jika di bahagian tengah kuku ia mengisahkan masa kini dan bahagian atas kuku ia mengisahkan masa lampau.
Jika tanda putih di ibu jari meramalkan anda akan mendapat hadiah atau pemberian.
Jika tanda putih di jari telunjuk menunjukkan pengaruh kawan baik.
Jika tanda putih di jari hantu menunjukkan tindakan seorang musuh.
Jika tanda putih di jari manis menandakan pencinta baru atau perkahwinan.
Jika tanda putih di jari kelinking menunjukkan perjalanan.
Jika berwarna kebiru-biruan di kuku ianya meremalkan anda kan mendapat sesuatu kecelakaan.

NMA-NAMA RETAK TANGAN DALAM PELBAGAI TRADISI
Barat ModenEropah di Kurun PertengahanIndiaPsychodiagnostic
Retak HidupRetak Hidup Retak Ibu
Retak Hidup
Thenar Line
Retak HatiRetak Meja
Mensal Line
Retak Nasib
Retak NasibUpper Transverse Line
Retak KepalaRekat Tabiat, Retak Limpa Retak Ayah
Retak Limpa
Lower Transverse Line

Jika anda berminat belajar lebih lanjut tentang ramalan melalui tangan, saya boleh mengesyorkan buku ini (dalam bahasa Inggeris):

Cover The Complete Idiot's Guide to Palmistry
by Robin Gile and Lisa Lenard
The title may put you off but I found this to be one of the best textbooks on palmistry I have seen. It offers a thorough grounding in all aspects of palmistry with plenty of handy and practical hints based on experience. Entertaining and easy to read.

Cover The Art of Hand Reading by Lori Reid
This book is full of glossy full-colour illustrations, charts, graphs and photos. This textbook would not look out of place on your coffee table.

Cover Your Fate is in your Hands: Using the Principles of Palmistry to Change Your Life by Donna McCue
This book was hard to put down once I started. It is filled with inspiring client stories interspersed with practical palmistry knowledge. Donna McCue's sense of humour comes through each touching amusing and touching anecdote. Practical exercises make this book an effective textbook.

Balik semula ke atas | Laman Utama
Ramalan melalui tangan Cina | Ramalan melalui tangan Vedik