
Ilmu Numerologi
Orang Ibrani sudah mengembangkan Kabbalah menggunakan angka dari 1 sampai 22 yang merujuk kepada huruf abjad Ibrani. Orang Cina Purba mempercayai bahawa "jumlah terakhir angka syurga dan angka keduniaan menjadi 55. Ini ialah...yang menggerakkan dewa dan hantu."
Numerologi Eropah yang moden berasal dari ajaran Pythagoras, ahli falsafah Yunani Purba pada abad ke-6 pra-Masehi. Dia menulis risalah tentang ilmu hisab dari segi keagamaan dan falsafah. Tetapi Pythagoras menggunakan angka dari from 1 sampai 9 sahaja kerana konsep sifar belum dikenali oleh orang Yunani Purba. Pythagoras juga menghubungkan angka dengan huruf abjad Yunani, alpha = 1, beta = 2 dll.
Numerologi Kasdim lebih lama daripada Pythagoras, dan tidak memasukkan angka sembilan apabila menukarkan huruf ke angka, walau bagaimana pun angka 9 boleh terjadi sebagai jumlah terakhir.
Klikkan pada suatu pilihan yang berikutnya untuk mengetahui lebih lanjut...
Makna Dasar Angka
Makna dasar Angka Menengah
Nombor Kelahiran
Nombor Tahun Kini
Nombor Nama
Nombor Nasib
Nombor Rumah
Nombor Loteri
1 Penyatuan, persepaduan, ego, sintesis, kekuatan, kreativiti, cita-cita, tindakan, menzalimi. Orang bernombor ini boleh menjadi orang zalim atau pemimpin besar.
2 Polariti, dualiti, pilihan, mempunyai dua sifat yang bertentangan. Orang bernombor ini lemah lembut, sensitif, artistik dan intuitif. Barang kali boleh menipu dan cenderung kepada kesedihan.
3 Tindakan, segi tiga dewata Syurga/Orang/Bumi, Tri Tunggal Maha Kudus (Tuhan, Putera, Roh Kudus), Brahma/Vishnu/Shiva. Orang bernombor ini berbakal, bertatatertib dan bertenaga, walau bagaimana pun mereka sering suka menguasai semua.
4 Hal keduniaan, kestabilan, aturan, musim empat, arah empat. Orang bernombor ini kukuh, praktik dan realistik. Oleh sebab mereka berdaya melihat semuanya dari segi yang bertentangan, rupanya mungkin memberontak dan tidak tradisional.
5 Pengembangan, pancaindera. Orang bernombor ini aktif, mencari kenikmatan, cerdas dan cepat marah.
6 Kreativiti, abstrak, keindahan, keselarasan, daya khayalan. Orang bernombor ini dapat dipercayai dan romantik. Mereka benci perselisihan dan berusaha mencipta keselarasan di rumah mereka.
7 Kerohanian. Orang bernombor ini bersifat falsafah dan kerohanian, intuitif dan sering introvert dan berfikir secara asli.
8 Kejayaan keduniaan, tetapi mengalami naik turun mencari keseimbangan. Orang bernombor ini hebat dan asyik, dengan kekuatan diri dan bersemangat. Mereka boleh memberontak dan menyimpan perasaan dalaman tersorok bawah bahagian luar dingin.
9 Kesempurnaan. Orang bernombor ini berazam, berani dan aktif, walau bagaimana pun biasanya mesti berhempas pulas untuk keberhasilan. Walau bagaimana pun suka berbahas-bahas, orang bernombor 9 orang memedulikan kemanusiaan.
Makna Dasar Angka Lebih Tinggi
Angka tertentu yang lebih tinggi daripada 9 ditimbangkan penting sekali. Nombor ini ialah 11, 12, 13, 22, 33 dan 40. Banyak ahli numerologi menimbangkan 11 dan 22 sahaja dari angka lebih tinggi ini. Makna angka lebih tinggi boleh dijumlahkan dengan makna angka di atas untuk memberi makna lebih lanjut.
11 Nombor kesedaran batin khas dan keinginan berkhidmat untuk orang lain tanpa mementingkan diri sendiri.
12 Nombor penyempurnaan.
13 Nombor berkaitan dengan nasib buruk.
22 Nombor utama yang menunjukkan kesempurnaan, kerohanian dan kerelaan mengedarkan pengetahuan kepada orang lain.
33 Menunjukkan kerohanian dan keinginan melindungi orang lain.
40 Kesempurnaan.
Jumlahkan angka tarikh kelahiran anda. Kalau misalan ada seorang rekaan yang dilahirkan pada 22 Mei 1970, jumlah ialah (2+2)+5+(1+9+7+0)=4+5+8, yang memberi 17. Lalu jumlahkan 1+7, memberi 8. Demikian nombor 8 nombor kelahiran orang tersebut. Ini menunjukkan pengaruh berangka pada kelahiran. Ini mendedahkan sifat-sifat semulajadi dan ciri-ciri keperibadian.
Untuk mengetahui pengaruh berangka tahun kini, jumlahkan angka harijadi anda tahun ini. Teladan di atas ialah 22 Mei 2001, (2+2)+5+(2+0+0+1)=12, 12 lebih mengurangkan ke 3. Jadi pengaruh berangka bagi tahun ini ialah 3. Pengaruh ini bermula pada harijadi dan meneruskan ke harijadi tahun yang berikutnya.
1 Permulaan baru.
2 Menciptakan hubungan/perkongsian dan mencuba mendapat keseimbangan. Menunggu agar permulaan baru dari tahun yang lalu akan berkembang dengan lebih lanjut.
3 Tindakan dan pengembangan. Tahun sosial.
4 Kestabilan dan pengorganisasian. Mengaturkan semua perincian.
5 Perubahan besar. Kebebasan dari kerja biasa dan rutin. Komunikasi.
6 Titikberat pada rumah dan keluarga, dengan mungkin perubahan di rumah. Tanggungjawab dan kewajipan.
7 Pengunduran dan menyelidiki ke dalam diri sendiri. Belajar.
8 Kejayaan kebendaan tetapi banyak naik turun.
9 Akhir peredaran. Waktu bagi meninggalkan di belakang barang usang dan menengok ke masa depan.
Untuk mengetahui nombor nama anda, menukarkan huruf nama anda ke angka menggunakan garis panduan di bawah. Anda harus bekerja dengan nama biasa anda, tidak semestinya nama penuh rasmi anda. Nombor nama mendedahkan ciri-ciri yang sudah terperoleh dan dikembangkan.
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| A | B | C | D | E | F | G | H | I |
| J | K | L | M | N | O | P | Q | R |
| S | T | U | V | W | X | Y | Z |
Jika Jenny bermula menggunakan nama penuhnya, Jennifer, nombor nama menukar ke 6:
JENNIFER 1+5+5+5+9+6+5+9=45=9
DOE 4+6+5=15=6
9+6=15=6
Nombor Nama Anda: Keperibadian Dalaman
Jumlahkan angka berkaitan dengan huruf saksi di nama tersebut. Nombor ini menunjukkan keperibadian dalaman anda.
JENNY DOE --> -E--Y -OE menjadi 5+7+6+5=23=5
Demikian keperibadian dalaman dikuasai oleh nombor 5.
Nombor Nama Anda: Keperibadian Luaran
Jumlahkan angka berkaitan dengan huruf benar di nama tersebut. Nombor ini menunjukkan keperibadian luaran dan wajah umum anda.
JENNY DOE --> J-NN- D-- menjadi 1+5+5+4=15=6
Demikian keperibadian umum dikuasai oleh nombor 6.
Untuk mengetahui nombor nasib anda, jumlahkan nombor kelahiran anda dengan nombor nama anda. Dalam hal Jenny Doe, ini ialah 8+2=10=1. Nombor nasib Jenny Doe ialah nombor 1. Nombor ini memberi maklumat tentang pelajaran hidup anda dan ialah berkaitan dengan karma.
1 Penduduk di rumah ini sedang mengembangkan kebolehpercayaan diri sendiri dan mereka adalah orang individual sehingga bertengkar dengan orang tetangga.
2 Penduduk di rumah ini mengerjakan hubungan dan mencari keselasaran di hidup mereka.
3 Penduduk di rumah ini mencari keseronokan dan kepelbagaian. Amat sosial.
4 Penduduk di rumah ini mencuba memperbaiki rumah dan kehidupan mereka secara praktik. Banyak rumah bernombor 4 mempunyai perniagaan di rumah.
5 Penduduk di rumah ini suka melakukan banyak aktiviti perhatian jadi rumah ini bukan rumah tenang.
6 Penduduk di rumah ini suka hal-hal keluarga dan matlamat mereka ialah keselarasan rumah.
7 Penduduk di rumah ini cenderung mempelajari atau menjadi orang introvert.
8 Penduduk di rumah ini berjuang untuk kekayaan tetapi juga perlu bekerja kuat untuk keseimbangan di kehidupan mereka. Ramai anak tiba secara tidak disangka di rumah ini.
9 Penduduk di rumah ini cerdik pandai dan musik adalah bahagian penting di rumah ini. Ramai orang bermula projek baru yang bercita-cita tinggi di rumah bernombor 9.
Saya selalu diminta tentang nombor loteri. Jika begitu mudah memilih nombor yang akan memenang, maka tiap peramal yang mendakwa boleh melakukan itu sudah tentu telah memenang beberapa tahun dahulu dan tidak perlu bekerja sekarang. Dengan terus terang, jika adalah takdir anda memenang, anda akan memenang melalui penggabungan keadaan yang benar lagi beberapa kebetulan yang luar biasa. Tidak apa anda adalah pemain loteri yang lazim atau hanya main satu kali saja.
Jadi tiada apa-apa yang dijamin oleh nombor rawak yang berikut. Itu sebabnya memenang bergantung pada nasib peribadi anda dan takdir anda.