Fasa-Fasa Bulan
Manusia memperhatikan fasa-fasa bulan sejak ribu-ribu tahun yang lalu. Bulan sudah digunakan ahli nujum Vedik di India sejak ribu-ribu tahun yang lalu untuk mengira rajah astrologi bulan. Pada masa kini pun, peladang dan tukang kebun menanam mengikut fasa-fasa bulan mengikut almanaknya. Rujuk di bawah untuk mengetahui fasa yang mana sesuai untuk anda...
Orang di Hemisfera Selatan akan nampak bulan di bawah iaitu imej-cermin bulan di langit Hemisfera Selatan. Bagi mereka, bulan membesar bergerak dari kiri ke kanan!
Ada 29½ hari dari Bulan Penuh ke Bulan Penuh. Biasanya fasa-fasa bulan didaftarkan di takwim atau di diari.
Peredaran bulan mengandungi 8 peringkat. Bulan membesar semasa empat peringkat yang pertama dan bulan menjadi kecil semasa empat peringkat yang kedua.
Pengikut Wicca menggunakan fasa-fasa bulan dalam upacaranya. Setiap fasa sesuai untuk sesuatu tindakan atau tindak balas.
Masa dari Anak Bulan ke Bulan Sabit baik untuk memulakan rancangan baru, membuat urusan, memulakan projek, mencari kerja, memulakan kegemaran baru atau bertemu orang baru.
Masa dari Bulan Sabit ke Bulan Penuh iaitu masa yang sesuai untuk mementingkan diri sendiri atau memperbesarkan sesuatu projek.
Bulan Penuh iaitu masa untuk menumpukan kepada pencapaian anda dan mempastikan bahawa semua urusan berjalan dengan baik. Lihat apa yang berlaku di hidup anda, lalu buat pembetulan yang sepatutnya.
Masa dari Bulan Penuh ke Bulan Tiga Suku iaitu masa untuk menengok dengan teliti sekeliling anda dan mengenal apa yang terbaik untuk mengatasinya dan apa yang tidak. Masa ini untuk belajar, hal memperbaiki dan mengubahkan rancangan.
Dari Bulan Tiga Suku ke Anak Bulan itu adalah masa untuk meninggalkan situasi yang buruk. Anda seharusnya menyedia diri untuk peringkat pembinaan dan penciptaan yang berikutnya.
Balik semula ke atas | Laman Utama