Klikkan di sini jika daftar tidak dilihat di sebelah kiri

Panduan Serena
tentang Kumalak

Kenal diri sendiri Kumalak telah diamalkan di Kazakhstan, Asia Tengah, sejak beribu-ribu tahun yang lalu.

Kumalak ialah sistem menghitung dan mengaturkan kacang, biji kopi atau batu dalam timbunan. Timbunan ini kemudiannya diletakkan oleh bomoh dikenali sebagai bhalcha atau shakerjan, dalam garis panduan yang dilukis di pasir. Tiap timbunan mempunyai nisbah satu kepada empat biji kacang. Angka ini, dari satu kepada empat merujuk kepada unsur semula jadi. Garis panduan ini melambangkan penunggang tradisional dari kawasan Steppe di atas kudanya.

48 gabungan boleh diciptakan oleh kacang dalam garis panduan itu. Tiap gabungan mempunyai makna tertentu yang tradisional seperti Api di Mata, Angin di Tangan, atau Pasir di Hati.

Semua cara geomansi yang tersebut rupanya sederhana kerana cara itu tidak memerlukan alat atau pengiraan rumit. Tetapi biasanya ia berhasil, memberi jawapan yang tepat. Penggunaannya juga mudah, malah mudah untuk dibawa ke sana dan ke mari.

Garis Panduan Kumalak

3. Mata
(Köz)

2. Kepala
(Bas)
1. Mata
(Köz)

6. Tangan
(Qol)

5. Jantung (Hati)
(Žürek)
4. Tangan
(Qol)

9. Kaki
(Ayaq)

8. Kuda
(At)
7. Kaki
(Ayaq)

Garis panduan kumalak menggambarkan seorang kuda Kazakh tradisional dari kawasan steppe, dengan setiap tapak merujuk kepada bahagian tubuhnya. Deret pertama menggambarkan masa lampau, deret kedua menggambarkan masa kini dan deret ketiga menggambarkan masa depan. Jumlah biji kacang tertentu di tapak melambangkan unsur semula jadi.

Nama tradisional gabungan biji kacang ini menggambarkan unsur yang mana digabungkan dengan bahagian tubuh yang mana. Misalnya, air dalam kepala, angin dalam mata atau pasir dalam hati, api dalam tangan. Gabungan terbaik bernama khas, Ibu Bumi, dan mengandungi empat biji kacang di setiap tapak di depet di bawah. Tidak ada apa pun boleh berjalan tidak baik bila anda mencabut bentuk Kumalak ini! Tambahan pula gabungan ini, ada bentuk khas yang memberi makna lebih lanjut.

Geomansi: Cara kuno geomansi dari Eropah

Balik semula ke atas | Laman Utama