
Panduan Serena
tentang Geomansi
Ramalan telah lama wujud, apabila manusia ingin mengetahui tentang masa depannya untuk mengetahui apa yang Tuhan rancangkan untuk mereka. Peramal yang dipanggil bomoh in telah wujud sejak zaman prasejarah dan sehingga sekarang ia masih wujud dalam setiap masyarakat di seluruh dunia. Peranan utamanya adalah meramal masa kini dan masa akan datang. Selama ratusan tahun dahulu, ramai orang yang berminat untuk menjadi peramal atau bomoh ini. Sekurang-kurangnya, dengan kemahiran ini mereka boleh meramal sesuatu dengan sendirinya.Kebanyakan peramal akan menggunakan alam semula jadi di sekeliling mereka sebagai salah satu cara dan ia dipanggil geomansi. Geomansi telah tersebar di seluruh dunia dan kaedahnya juga berbeza antara satu sama lain.
Ilmu geomansi adalah kaedah yang bergantung pada menghitung dan mengaturkan pelbagai benda. Benda ini diaturkan dalam corak dan tiap corak mempunyai makna yang tradisional. Intuisi ini masih berperanan besar kerana tafsir tradisional itu perlu dilakukan secara bermakna pada situasi dalam hidup yang sebenar.
Hari ini, istilah geomansi merujuk kepada dua cara ramalan yang berbeza walaupun 'berhubung'. Ia adalah geomansi untuk ramal-meramal dan geomansi lokasi, iaitu sains geomantik yang mencari tempat baik dan buruk di pandang lintang.
Di negara-negara Asia, geomansi lokasi terbentuk kepada pelbagai jenis. Jenis yang terpenting adalah Vastuvidya (India), Yattara (Burma) dan Feng Shui (China). Di negara-negara Barat pula, geomansi lokasi mengandungi amalan peramal Yunani, Etruscan dan Rom. Di Eropah pada zaman pertengahan, seorang lelaki bernama "locutors" mengasaskan bandar raya dan gereja dengan menggunakan cara geomansi.
Mungkin ramalan melalui geomansi diamalkan di Yunani kuno, tetapi bentuk geomansi pada masa kini tentu berasal daripada zaman selepas penaklukan Mesir oleh kaum Arab. Sementara dalam abad kesembilan, semasa Islam menyebar masuk ke dalam Afrika, pelbagai bentuk geomansi pula menyusul.
Di Afrika Barat, ia menjadi Fa dan Ifa. Sementara di Madagaskar ia menjadi Sikidy. Kaum Arab jiga membawanya ke Sepanyol Islam, menjadikan geomansi teus tersebar lebih lanjut ke Eropah Barat. Di bahagain hujung lain laut Mediterranean, ia masuk ke Eropah Timur menerusi Constantinople di mana geomansi dipanggil Rabolion.
Kemudian, geomansi menyebar ke Kazakhstan lalu dipanggil Kumalak. Seterusnya ia ke negara Iran dan India. Sekarang ilmu geomansi diamalkan di seluruh dunia dalam pelbagai bentuk.
Geomansi Arab
Nama Arab untuk geomansi ialah 'ilm al-raml bermakna "ilmu ramalan" atau setengahnya memanggil "ilmu pasir". Tradisi Arab menganggap ilmu ini diciptakan oleh Nabi Idris, juga dikenali sebagai Hermes Trismegistus, yang mana ilmu diajarkan oleh Malaikat Jibril.
Ahli Firasat dan tabib terkenal Ibnu Sina (Avicenna) telah membawa ilmu geomansi ke Eropah, di mana ilmu itu terus berkembang. Ilmu ini berhubung rapat dengan ilmu nujum, ilmu lain yang berkembang di antara kaum Arab.
Dalam bentuk asalnya, gambar geomantik diciptakan dengan membuat garis dengan titik dalam pasir yang jumlahnya rawak. Anda juga boleh melukis titik itu di kertas. Sesuai dengan asal-usul ilmu geomansi Arab, kebanyakan penulis mengesyorkan membuat titik itu dari kanan ke kiri. Ciptakan empat garis titik. Tiap garis mempunyai salah satu jumlah genap atau jumlah ganjil titik.
Kalau jumlah itu genap, ini digambarkan oleh dua biji titik dalam barisan di atas gambar geomantik. Kalau jumlah itu ganjil, ia digambarkan oleh satu biji titik.
Ada 16 bentuk yang mungkin boleh diciptakan daripada aturan empat barisan itu.
Tiap gambar geomansi bernama tradisional dan ada perhubungan dengan unsur-unsur semulajadi, planet, dan sebagainya. Tiap gambar itu juga bermutu baik, berkecuali atau buruk.
Peramal geomansi boleh menerima jawapan sederhana daripada sebuah gambar. Jika mahu menerima jawapan yang lebih lanjut, ia boleh menggunakan empat gambar terasing untuk menciptakan gambar geomantik baru. Ia menggunakan rumusan tradisional sehingga selesai dengan gambar geomantik akhir dan terpenting yang bernama "Hakim". Lalu peramal menggunakan semua gambar geomantik itu yang diciptakan untuk mentafsirkan jawapan sepenuhnya.
Kadang-kadang gambar geomansi itu diletakkan dalam carta nujum yang menambahkan beberapa lapisan makna lagi.
Biarkan komputer ramalkan anda melalui ilmu geomansi, atau baca terus-menerus untuk belajar proses itu diri sendiri. Anda boleh pergi terus ke makna gambar geomantik di bawah.
Anda sedia untuk meminta nasihat daripada Ramalan Bumi? Pertama, anda perlu memutuskan bagaimana mendapat jawapan satu/dua. Gunakan dadu Rom (bersegi dua, bone/baik dan male/ tidak baik), sebuah mata wang atau garis titik dilukis dengan rawak yang memberi jawapan genap atau ganjil (sesuai dengan asal-usul Arab ilmu geomansi, kebanyakan penulis mengesyorkan membuat titik itu dari kanan ke kiri).
Pertama-tama anda perlu empat jawapan satu/dua untuk melukis sebuah gambar. Misalnya, hasil dua, dua, satu, satu (genap, genap, ganjil, ganjil) menciptakan gambar Fortuna Major.
Teruskan sehingga anda mempunyai empat buah gambar geomantik. Gambar ini adalah empat Ibu.
Langkah berikutnya adalah menciptakan empat Anak Perempuan. Gunakan barisan di atas tiap Ibu untuk menciptakan Anak Perempuan yang pertama. Misalnya, jika barisan di atas tiap Ibu adalah dua, dua, satu, dua, lalu Anak Perempuan yang pertama ialah gambar Albus. Anak Perempuan kedua menggunakan barisan kedua tiap Ibu dan sebagainya sehingga anda mempunyai empat Anak Perempuan.
Sekarang menjadi lebih rumit. Barisan berikutnya empat gambar bernama empat Anak Saudara Lelaki. Anak Saudara Lelaki yang pertama dibuat dengan menambahkan titik yang sepadan dalam dua Ibu pertama dan menyelesai dengan hasil genap atau ganjil. Begitu jika dua Ibu pertama mempunyai barisan di atas dua dan satu, lalu barisan pertama Anak Saudara Lelaki menjadi satu. Anak Saudara Lelaki kedua dibuatkan dengan menambahkan titik dua Ibu yang terakhir. Anak Saudara Lelaki ketiga dibuatkan dengan menambahkan titik dua Anak Perempuan yang pertama. Anak Saudara lelaki yang terakhir dibuatkan dengan menambahkan titik Anak Perempuan yang terakhir. Sekarang harus ada 12 gambar dalam tiga deretan.
Deretan keempat dibuatkan dua Saksi. Saksi pertama diciptakan dengan menjumlahkan dua Anak Saudara Lelaki yang pertama. Saksi kedua diciptakan dengan menjumlahkan dua Anak Saudara Lelaki yang terakhir.
Deretan yang terakhir mempunyai satu buah gambar, Hakim, dibuat dengan menjumlahkan dua Saksi itu.
Cuma satu dari lapan gambar akan menjadi Hakim itu: Acquisitio, Amissio, Carcer, Conjunctio, Fortuna Major, Fortuna Minor, Populus dan Via.
Tafsiran Hasil Terakhir:
- Hakim baik + Saksi baik = Hasil Bagus.
- Hakim buruk + Saksi buruk = Hasil Buruk.
- Hakim baik + Saksi buruk = Kejayaan selepas kelambatan dan kesukaran.
- Hakim buruk + Saksi baik = Tidak ada kejayaan yang benar atau tahan lama.
Klikkan di sini untuk tebaran geomantik
VIA: (Jalan) jalan, cara, perjalanan (tidak baik kecuali kalau soalan mengenai perjalanan)
POPULUS: (Rakyat) kumpulan, perhimpulan, ramai orang, persatuan.
CONJUNCTIO: (Penyatuan) perhubungan, menmukan barang hilang, perjanjian.
CARCER: (Penjara) pengurungan, perhambaan, kelambatan.
FORTUNA MAJOR: (Nasib Utama) nasib baik, untung, kejayaan.
FORTUNA MINOR: (Nasib Kecil) bantuan daripada orang lain, perlindungan daripada mudarat.
ACQUISITIO: (Keuntungan) manfaat, faedah daripada perniagaan atau perluasan/sambungan harta yang ada.
AMISSIO: (Kerugian) barang yang dibawa pulang, penyakit, pencurian, kesukaran kewangan.
TRISTITIA: (Dukacita) susah hati, perasaan malu, kemiskinan, keadaan menjadi semakin buruk.
LAETITIA: (Kegembiraan) keriangan, kecantikan, kesihatan baik.
RUBEUS: (Merah) keghairahan, maksiat, isi hati, peringatan.
ALBUS: (Putih) penyinaran, kebijaksanaan, hasil baik dalam perniagaan.
PUELLA: (Anak Perempuan) anak perempuan, kejernihan, kebersihan, rupa di luar.
PUER: (Anak Lelaki) anak lelaki, pekerja, sangat gopoh, suka memerangi.
CAPUT DRACONIS: (Kepala Naga) tempat masuk.
CAUDA DRACONIS: (Ekor Naga) tempat keluar, kesukaran mungkin.
Klikkan di sini untuk tebaran geomantik
Balik semula ke atas | Laman Utama Pergi ke Kumalak: Cara kuno geomansi dari Kazakhstan
Soalan Ya/Tidak.
Klikkan di sini untuk meminta nasihat daripada buah dadu.
Klikkan di sini untuk bacaan Chien Tung.Go visit Ancient Divination & Astrology on the Web (primarily Greco-Roman links)