Klikkan di sini jika daftar tidak dilihat di sebelah kiri


Ramalan melalui Tangan Cina

Bentuk Umum Tangan

Chinese dragon. Ada dua cara yang lain dalam ramalan melalui tangan Cina. Cara 5 Fasa berasal dari lima elemen tradisional Cina dan ia serupa dengan ramalan melalui tangan barat dan Vedik. Ramalan melalui tangan "Lapan trigram" berasal dari bentuk ba gua yang diletakkan di atas tangan dan ditafsir menurut makna tradisional trigram.

Menurut ramalan melalui tangan Cina tradisional (shou wen xue), tangan sebelah kiri seorang lelaki dan tangan sebelah kanan seorang perempuan mencerminkan tindakan, fikiran, harapan dan nasib mereka. Tangan ini menunjukkan bagaimana kita sudah mengubah kehidupan kita menerusi fikiran, tindakan dan keperibadian kita. Tangan sebelah kanan seorang lelaki dan tangan sebelah kiri seorang perempuan mencerminkan pengaruh keluarga dan sifat yang dipusakai. Tangan ini mencerminkan mutu yang berada dari permulaan kehidupan kita.

Jika anda mempunyai tangan kuat dan kukuh yang tidak terlalu bertulang, ini menunjukkan anada boleh mengecam perniagaan baik dan pandai membuat wang. Hidup panjang ditunjukkan oleh tangan tebal dan kuat dengan ibu jari yang berkuasa sama dengan Retak Bumi yang kuat.

8 Bintang Tapak Tangan
(Cara 5 Fasa)

Bahagian lapan ini dikenali sebagai bintang dan serupa dengan bukit dan datar ramalan melalui tangan Eropah.

Bintang CinaKedudukanPersamaan Barat
Bintang Kayudi bawah jari telunjukMount of Jupiter
Bintang Bumidi bawah jari hantuBukit Zuhal
Bintang Mataharidi bawah jari manisBukit Apollo/Matahari
Bintang Airdi bawah jari kelingkingBukit Utarid
Bintang Api yang Pertamadi bawah Bintang Kayu Marikh Aktif
Bintang Api yang Keduadi bawah Bintang AirMarikh Pasif
Padang Lima Bintangdi setengah tapak tanganDatar Marikh
Bintang Logamdi pangkalan ibu jariBukit Zuhrah
Bintang Bulankawasan di bawah tapak yang di sebelah sana ibu jariBukit Bulan

Sering bintang kesembilan dimasukkan yang bernama Bintang Tanah. Bintang ini serupa dengan Bukit Neptun dan terdapat di setengah pangkal tapak tangan.

Retak Tapak Tangan
(Cara 5 Fasa)

Retak CinaNama LainPersamaan Barat
Retak BumiRetak Bumi UtamaRetak Hidup
Retak OrangRetak Kayu Utama
Retak Otak
Retak Kepala
Retak SyurgaRetak Air UtamaRetak Hati
Turus Jed
(Jade Column)
Retak Bumi KecilRetak Nasib
Retak MatahariRetak Api KecilRetak Matahari
Retak Kejayaan
Retak Apollo
Retak Kesihatan Retak Utarid
Retak Perniagaan
Retak Kesihatan
Retak Turutan Kehendak
(Indulgence Line)
 Via Lasciva
Retak Seks Retak Perkahwinan
Retak Ilham Retak atau Panah Intuisi

Ramalan melalui Tangan Cina dan Kesihatan
(Cara 5 Fasa)

Cina ada tradisi ramalan melalui tangan perubatan yang lama dan dihormati. Pengamal pakar menentukan jenis penyakit oleh permerhatian rupa tapak tangan, tangan umumnya dan kuku jari. Ramalan melalui tangan Cina lebih mengenal kecenderungan kepada penyakit sementara diagnosis kuku jari mengenal penyakit sekarang ini.

Misalnya:

  • Migrain: ditandakan oleh garisan merah condong ke atas dari bahagian atas ulnar rusuk kuku ibu jari.
  • Reput gigi: ditandakan oleh garisan merah condong ke atas dari bahagian bawah radial rusuk kuku ibu jari.
  • Bronkitis: ditandakan oleh garisan merah condong ke atas dari bahagian atas radial rusuk kuku jari telunjuk.
  • Rabun jauh (myopia): bentuk sebagai kabus atau awan di bahagian bawah radial rusuk kuku ibu jari.
  • Kencing manis: ditandakan oleh bintik putih bulat di bahagian bawah radial rusuk kuku jari manis.

Ramalan melalui Tangan Lapan Trigram

Cara ini bertentangan cara 5 fasa lain yang digunakan dalam ramalan melalui tangan. Cara Lima Fasa (digambarkan di atas) cenderung bersetuju kebanyakannya dengan cara ramalan melalui tangan India dan Barat. Cara ini iaitu ramalan melalui tangan Cina berasal dari bentuk ba gua yang diletakkan di atas tangan dan ditafsir menurut makna tradisional trigram.

TrigramKedudukan di Tapak TanganKesihatan
Zhen (Petir)Bintang Logam Bahagian AtasSistem saraf.
Pendidikan.
Sun (Angin/Kayu)Bintang KayuLimpa dan kandung hempedu.
Kekayaan.
Li (Api)Bintang Bumi (di antara jari hantu dan manis)Jantung, peredaran darah dan penglihatan.
Kemasyhuran.
Kun (Bumi)Bintang AirAbdomen, terutama kura dan perut.
Emak dan dan anak perempuan sulung.
Dui (Paya)Bintang Api KeduaParu-paru dan usus besar.
Isteri, perempuan simpanan dan anak.
Qian (Syurga)Bintang BulatKeadaan psikologik dan paru-paru.
Bapak dan anak lelaki sulung.
Kan (Air)Bukit TanahGinjal, pundi kencing, sistem pembiakan.
Pusaka.
Gen (Gunung)Bintang Logam Bahagian BawahKura dan perut.
Abang dan adik.
Ming Tang (Balai Terang)Padang Lima BintangKesihatan jiwa, jantung dan salur darah.

Semula balik ke atas | Laman Utama
Ramalan melalui Tangan Barat | Ramalan melalui Tangan India
Astrologi Cina