Astrologi Cina, atau Ming Shu (atau Zhàn xīng xué 占星学), mengikut peredaran terdiri dari dua belas tahun. Menurut legenda Cina, satu tahun baru Cina Sang Buddha telah mengundang semua haiwan dalam kerajaan dia mempersembahkan diri di depan dia. Hanya ada 12 binatang yang datang. Yang pertama adalah Tikus, diikuti oleh Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jaguh, Anjing dan akhir sekali Babi. Berterima kasih Buddha memutuskan menamakan setahun mengikut tiap binatang, tambahan tiap orang yang lahir pada tahun tersebut memusaki sebarang ciri-ciri dan sifat binatang itu.
Menurut kalendar ramalan Cina, Tahun Baru Cina bermula dengan bulan penuh yang pertama pada bulan Februari. Walau bagaimana pun Tahun Baru ditandakan bermula pada 7hb Februari 2008 (6hb untuk AS), maka untuk maksud ramal-meramal ditimbangkan bermula pada 4hb Februari 2008 (3hb untuk AS).
Rujuk pada garis panduan di bawah untuk mengetahui tahun mana anda lahir. Hari lahir pada bulan Januari biasanya terhitung sebagai tahun sebelum. Mungkin tidak tetap jika anda lahir pada bulan Februari kerana Tahun Baru mengubah-ubah menurut kalendar bulan.
(Diingatkan: Pada 1995, tahun Babi bermula pada 31 Januari.) Tahun 2001 merupakan Tahun Ular Logam, juga dekenali sebagai Tahun Ular Emas.
Jika anda perlu lebih informasi, cubalah Chinese New Year Dates untuk mancari tarikh lain. Lebih informasi mengenai tahun Cina sekarang boleh didapati di: Chinese Fortune Calendar.
2008 Tahun Tikus Tanah atau Tahun Tikus Berwarna Perang bermula pada 7hb Februari 2008 (6hb Februari untuk AS) dan tamat 25hb Januari 2009 (24hb Januari untuk AS). Untuk maksud ramalan tahun ini bermula pada 4 hb Februari. Tahun ini akan membawa banyak peluang bisnis dan peribadi. Tahun ini penuh tenaga produktif Tikus. Boleh menjangka kejayaan profesional dan kekayaan tahun ini, walaupun orang yang berbintang Kuda, Kambing dan Ayam Jaguh mungkin menyedari bahawa kejayaan tersebut memerlukan pengurusan dan perancangan yang teliti, dan ini sungguh memberi tekanan. Kesimpulannya, tahun ini merupakan bebas daripada masalah dan kekacauan sahaja berbandingkan dengan tahun yang lalu, lagipun membawa banyak peluang baru untuk maju. Lihat tahun yang lebih lanjut (2009-2014) ...
2007 Tahun Babi Api atau Tahun Babi Merah bermula pada 18hb Februari 2007 (17hb Februari untuk AS) dan tamat 6hb Februari 2008. Tahun ini mambawa banyak bencana semula jadi serta disebabkan manusia. Isu antarabangsa dan peribadi memuncul dengan tiba-tiba lalu tidak dapat dikawal lagi. Banyak isu berbahaya yang tersembunyi akan menambah peristiwa yang mengejutkan dengan tiba-tiba. Kekacauan politik, kerusuhan politik, termasuklah pengambilalihan dan perang yang tidak diduga. Dalam alam semula jadi, banjiran ditekankan juga. Walau bagaimanapun konflik ini akan menyebabkan permulaan baru dalam perhubungan antarbangsa selain dalam masyarakat luas juga. Pemerintahan baru serta kerajaan baru akan memuncul. Tahun Babi merangsang melancong juga.
2006 Tahun Anjing Api atau Tahun Anjing Merah bermula pada 29hb Januari 2006. Untuk maksud ramalan tahun ini bermula pada 4hb Februari (3hb Februari di Amerika). Tahun ini akan membawa pergolakan dan perubahan yang tiba-tiba dan ganas mahupun carian kefahaman dan keamanan. Gangguan di bumi sendiri boleh dijangkakan — gerak-gerak bumi, letusan gunung merapi, jisim tanah dan akibat cuaca liar yang memusnahkan. Tahun ini memberi tumpuan khas pada hal-hal keadilan dan ketidakadilan. Orang bermula membincangkan apa yang betul dan meminta lebih kebenaran dan keadilan. Hal-hal kerohanian dan soal-soal keagamaan dan falsafah yang lain menjadi penting. Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan kewangan, tahun ini bukan tahun baik untuk terlalu banyak berbelanja dan jangan buat lebih daripada yang terdaya.
2005 Tahun Ayam Jaguh Kayu atau Tahun Ayam Jaguh Hijau bermula pada 9 hb Februari 2005 (8 hb Februari di Amerika). Untuk maksud ramalan tahun ini bermula pada 4 hb Februari. Keluarga dan kepentingan keluarga menjadi keutamaan nombor satu tahun ini. Tahun ini akan menjadi tahun bagus untuk cita-cita dan projek kreatif, asalkan cita-cita tersebut berasal kuat dan praktikal juga. Tahun ini akan membawa perubahan besar, rekaan dan ciptaan baru dan juga arah-arah baru. Perkongsian dan usahasama membawa kejayaan. Tahun ini akan mementingkan munculnya orang berbakat yang baru juga. Pertengkaran dan pertikaian yang kejam mungkin tahun ini, terutamanya kalau ada masalah berterusan daripada tahun 2004. Sekarang adalah masa untuk mencuba menyelesaikannya. Ingatlah tetap rendah hati dan ringan tulang... jangan jatuh dalam perangkap Ayam Jaguh bersikap angkuh dan sombong!
2004 Tahun Monyet Hijau atau Tahun Monyet Kayu bermula pada 22 hb Januari (atau 4 hb Februari untuk maksud ramalan). Ini akan menjadi tahun turun naik dan ketidakstabilan dalam banyak bidang. Risiko dan perjudian akan kelihatan amat tertarik dan banyak penjudian akan berhasil bagus. Akan ada konflik dan pertikaian dalam bidang dunia. Banyak daripada pertikaian ini akan tersorok dan bermotivasi balasan dendam. Pergerakan dan perubahan belimpah-limpah. Tetapi akhirnya tahun ini juga tahun untuk belajar dari silap anda lagi bergerak ke peluang yang berjaya. Tempoh untuk permulaan baru dan memulakan proses kedamaian.
2003 Tahun Kambing Hitam atau Tahun Biri-Biri Hitam bermula pada 1 hb Februari 2003. Ia membawa maksud keadaan lebih harmoni, aman dan persefahaman dalam dunia. Namun keadaan ekonomi perseorangan pada tahun ini begitu runcing. Hal-ehwal tampaknya berkembang secara perlahan-lahan dan tak teratur, yang membawa ke rasa bimbang dan pesimis. Bagaimanapun, keluarga dan kawan-kawan menjadi lebih penting. Tahun ini adalah tahun yang menurut khayalan bakal menjadi realiti. Jika ada sebarang konflik pada tahun lalu, maka sekarang adalah masa untuk menyelesaikannya. Oleh kerana 2003 tahun terakhir kitaran Api, dikenali sebagai "tahun sudut" (corner year) menurut astrologi Cina, maknanya sesuatu itu boleh berubah-ubah dan tidak dapat diduga.
2002 Tahun Kuda Hitam atau Tahun Kuda Air mulai pada 12 hb Februari 2002. Tahun Kuda sudah membawa perkembangan politik yang tiba-tiba dan berakibat besar. Dalam bidang ekonomi, sudah ada cenderung akan rancangan peluasan dan perilaku ekspansionis. Kemajuan besar terjadi dalam bidang media dan industri komunikasi. Tahun Kuda menggalakkan kemajuan yang baru, berani dan menarik. Ini adalah tahun untuk melancarkan rancangan dan melaksanakan cita-cita anda. Tahun ini berkenan perusahaan dan semangat perintis.
Maklumat lebih lanjut boleh didapati di Holy Mountain's Chinese Year Chart.
Tahun lebih lanjut...
2008 Tahun Tikus 7 Feb 2008 - 25 Jan 2009.
2009 Tahun Lembu 26 Jan 2009 - 23 Feb 2010.
2010 Tahun Harimau 24 Feb 2010 - 2 Feb 2011.
2011 Tahun Arnab 2 Feb 2011 - 22 Jan 2012.
2012 Tahun Naga 23 Jan 2012 - 9 Feb 2013.
2013 Tahun Ular 10 Feb 2013 - 30 Jan 2014.
2014 Tahun Kuda 31 Jan 2014 - 18 Feb 2015.
Masukkan maklumat anda untuk mengetahui tanda astrologi Barat dan Cina anda...
Kambing juga dikenal sebagai Biri-biri. Lembu juga dikenal sebagai Kerbau. Arnab juga digelar Kucing di Vietnam. Senarai penuh diberi di bawah.
Tambahan setiap tahun dikuasai oleh satu daripada lima unsur: Kayu (kreativiti), Api (perangsangan), Tanah (kekukuhan), Logam (keberanian) dan Air (perhubungan). Unsur ini banyak berpengaruh dalam horoskop Cina lengkap dan rumit.
Makna haiwan
KEPERIBADIAN TIKUS
Menarik hati, akal kancil, pandai menyesuaikan diri, kreatif, pemboros, berkawan, pandai dengan angka.
TAHUN TIKUS
Waktu sedia untuk pengembaraan yang baru. Waktu baik bagi berpindah atau memulakan pekerjaan baru. Kesihatan dan kewangan baik tetapi simpan untuk tahun yang datang.Contohya, hari dan jam kelahiran dikuasai oleh binatang lagi unsur. Anda mempunyai unsur bernasib baik juga yang menentukan tahun dan haribulan anda yang bernasib baik.
KEPERIBADIAN LEMBU
Dapat dipercayai, praktik, teratur, setia, tidak mahu berkongsi. Tidak gemerlapan tetapi kuat dan teguh.
TAHUN LEMBU
Tahun kekukuhan dan pengembangan dengan cermat tetapi penting menjamin anda dapat tandatangan di garisan bertitik atau anda boleh menghilangkan peluang.KEPERIBADIAN HARIMAU
Bersaing, pemimpin, berani, ghairah.
TAHUN HARIMAU
Waktu perubahan dramatik dan huru-hara. Waktu taruhan besar dan memburu matlamat dengan garang. Bukan waktu baik bagi berjudi. Berjaga-jaga kemalangan.KEPERIBADIAN ARNAB
Ramah mesra walau pun bebas, rendah hati, berfikir dengan jelas, tidak mudah ditipu, seorang penyembuh berbakat.
TAHUN ARNAB
Tahun untuk diplomasi dan pemujukan. Tahun baik bagi hal memperanakkan. Tahun baik bagi kejayaan dengan perubatan tradisional dan jamu. Berjaga-jaga terlalu turutan kendak dan kelengahan.KEPERIBADIAN NAGA
Seorang extrovert, berhias, ganjil dan istimewa. Cerdik dan tak tentu tetapi selalu di lampu tumpu.
TAHUN NAGA
Waktu baik bagi rancangan boros dan kreatif. Cenderung berjudi pada satu rancangan besar, pemenang membolot segala-gala. Kejayaan untuk orang dan projek ganjil dan artistik.KEPERIBADIAN ULAR
Halus budi bahasa dan lemah lembut. Pandai memungut maklumat and mengunakannya dengan cerdik. Iri hati.
TAHUN ULAR
Tahun gosip dan umpatan. Tahun untuk berjaga-jaga apa yang terjadi di bawah muka. Keanggunan dan kehalusan. Baik bagi perundingan rahsia.KEPERIBADIAN KUDA
Ramah mesra, sportif, gemar bercakap, seorang penzamin (terutama jika dilahirkan pada 1906 atau 1966).
TAHUN KUDA
Tahun kestabilan politik dan memperkuatkan posisi anda. Perjalanan. Berjaga-jaga untuk pembaziran.KEPERIBADIAN KAMBING
Tidak mementingkan diri sendiri, penuh kasih sayang, baik hati, artistik, seorang tukang, diplomatik.
TAHUN KAMBING
Tahun perdamaian dan perkara kemanusiaan, cinta.KEPERIBADIAN MONYET
Suka menciptakan hal baru, cerdik, nakal, tidak bermoral, serba boleh, penuh fikiran dan percakapan.
TAHUN MONYET
Ketidakstabilan, janji dimungkiri dan pertengkaran politik. Tahun keresahan dan ketidakstabilan mata wang. Baik bagi spekulasi.KEPERIBADIAN AYAM JAGUH
Berazam, berbangga, yakin, bersifat tajam, terus terang. Sering mengambil terlalu tanggunjawab. Lurus hati dan cekap.
TAHUN AYAM JAGUH
Tahun waktu kerjaya lebih penting daripada rumah. Pengorbanan dan kekecewaan dalam cinta. Perasaan nasionalis naik dan pelampauan.KEPERIBADIAN ANJING
Setia, lurus hati, seorang pekerja yang rajin, konservatif, bersikap mempertahankan diri, keras hati, kawan bagus, sportif, berjuang.
TAHUN ANJING
Tahun untuk konservatisme dan pertahanan. Baik bagi harta dan mengubah rancangan. Baik bagi kesihatan.KEPERIBADIAN BABI
Suka rumah, bersahaja, murah hati, terlalu menurut kehendak, baik hati, rajin, rela meneruskan dengan sebuah projek sehingga berakhirnya.
TAHUN BABI
Tahun baik bagi perhimpunan keluarga dan perkara berkenaan dengan keluarga. Tahun baik bagi menyelesaikan projek dengan berjaya. Tidak baik bagi pengembangan.Bulan Cina
Bulan bergabung dengan haiwan juga (Bulan Pertama kira-kira Februari):
Bulan Pertama = Harimau
Bulan Kedua = Arnab
Bulan Ketiga = Naga
Bulan Keempat = Ular
Bulan Kelima = Kuda
Bulan Keenam = Kambing
Bulan Ketujuh = Monyet
Bulan Kelapan = Ayam Jaguh
Bulan Kesembilan = Anjing
Bulan Kesepuluh = Babi
Bulan Kesebelas = Tikus
Bulan Keduabelas = LembuJam Cina
Pukul berapa yang anda dilahirkan bergabung dengan haiwan juga (diingatkan menyesuaikan untuk daylight savings). Hari Cina bermula pada 11 pm jadi jika anda dilahirkan di antara 11pm dan tengah malam, hitung anda diri sebagai dilahirkan pada hari yang berikutnya:
11pm - 1am = Tikus
1am - 3am = Lembu
3am - 5am = Harimau
5am - 7am = Arnab
7am - 9am = Naga
9am - 11am = Ular
11am - 1pm = Kuda
1pm - 3pm = Kambing
3pm - 5pm = Monyet
5pm - 7pm = Ayam Jaguh
7pm - 9pm = Anjing
9pm - 11pm = Babi
Tahun Cina
Tikus 1936 1948 1960 1972 1984 1996 2008 Lembu 1937 1949 1961 1973 1985 1997 2009 Harimau 1938 1950 1962 1974 1986 1998 2010 Arnab 1939 1951 1963 1975 1987 1999 2011 Naga 1940 1952 1964 1976 1988 2000 2012 Ular 1941 1953 1965 1977 1989 2001 2013 Kuda 1942 1954 1966 1978 1990 2002 2014 Kambing 1943 1955 1967 1979 1991 2003 2015 Monyet 1944 1956 1968 1980 1992 2004 2016 Ayam Jaguh 1945 1957 1969 1981 1993 2005 2017 Anjing 1946 1958 1970 1982 1994 2006 2018 Babi 1947 1959 1971 1983 1995 2007 2019 Zodiak Cina di Asia:
Tahun Mandarin Alternatif
MandarinCantonese Jepun Vietnam Korea Tibet Tikus Shǔ Zǐ Syú Ne (Nezumi) Chuột Chui Byi Lembu Niú Chǒu Ngàuh Ushi Trâu So Glang Harimau Hǔ Yìn Fú Tora Cọp Ho rang i Stag Arnab Tù Mǎo Tou U (Usagi) Thỏ (Rabbit)
Mèo (Kuching)T'o ggi Yos Naga Lóng Chèn Lùhng Tatsu Rồng Yong Hbrug Ular Shé Sì Sèh Mi (Hebi) Rắn Paem Sprul Kuda Mǎ Wǔ Máh Uma Ngựa Mal Rta Kambing Yáng Wèi Yèuhng Hitsuju
(Jihitsuji)Dê Yo Lug Monyet Hóu Shēn Hàuh Saru Khỉ Wŏn jung Sprel Ayam Jaguh Jī Yǒu Gài Tori Gà Tark Bya Anjing Gǒu
(or Quǎn)Xǖ Gáu Inu Chó Kae Khyi Babi Zhū Hài Jyù Wi or I
(Inoshishi)Heo Twae Phag Semula balik ke atas | Lama Utama
Ilmu Nujum Umum | Astrologi Vedik
Ramalan melalui Tangan Cina