Klikkan di sini jika daftar tidak dilihat di sebelah kiri | Go to English versionGo to full English versionGo to English version

Panduan Serena
tentang Ramalan

Selamat datang ke website Ramalan saya.

Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, manusia telah menggunakan apa jua yang terdekat dengan mereka untuk dibuat ramalan. Mereka menggunakan tulang, hati binatang, batang kayu, batu-batu dan kulit-kulit untuk meramalkan masa depan. Tanda-tanda yang dilukis dengan menggunakan debu adalah sebagai satu usaha ke arah tersebut. Kemudian, buah dadu dan benda-benda lain pula digunakan bagi maksud yang sama. Pelbagai objek lain juga digunakan sebagai bahan untuk dijadikan ramalan.

Selama berabad-abad lamanya, kepercayaan ramalan ini yang telah dipercayai secara berterusan. Ia dapat menunjukkan sama ada kekuatan dan kelemahan seseorang. Sebenarnya ia tertulis di dahi mereka.

Ramalan untuk mereka yang dalam percintaan, wang, dan untung nasib diri semuanya dinyatakan disini dan didapati betul.

Anda hendakkan bacaan segera? Pergilah terus ke Laman Bacaan Percuma dengan hanya menyatakan sama ada ya atau tidak sahaja.

Ramalan melalui wajah bermula dari Dinasti awal Cina. Di Cina ia dikenali sebagai "siang mien". Di Barat ianya dikenali sebagai "physiognomy" ianya begitu terkenal sejak zaman klasik lagi.

Kumalak ialah cara ramalan geomantik kuno dari Kazakhstan yang diketahui sejak beribu tahun yang lalu. Cara ramalan yang menarik ini menggunakan gaya penyusunan dan pengiraan secara teliti untuk ramalan masa depan. Geomansi berdasarkan asal ramalan Arab.

Sebenarnya banyak cara untuk membuat ramalan. Ramalan melalui tangan telah dilakukan sebelum tercatitnya sejarah manusia. Lihat Ramalan melalui tangan Cina dan Ramalan melalui tangan India juga. Ramalan melalui tangan dapat dilihat melalui bentuk tangan, rajah retak tapak tangan dan kuku. Perkembangan baru dalam kepandaian ini sudah mencapai tahap analisis tangan melalui dermatoglifik (cap jari dan rajah kulit).

Sementara ramalan melalui kaki pula sudah diketahui sejak berabad yang lalu terutamanya ketika zaman Farsi dulu. Untuk mengetahuinya sila lawat Laman Ramalan melalui Kaki. Sampai bila pun tak akan menengoknya sebegitu juga.

Berkenaan dengan ilmu nujum, tahukah anda bahwa rupa-rupa ilmu nujum berbeza pada setiap tamadun? Lihat saja ilmu nujum Cina dan ilmu nujum India.

Wayang Tarot Numerologi diketahui sejak manusia mula tahu mengira. Antara lainnya ramalan ini dapat mengetahui alamat rumah anda dengan tepat.

Ramalan melalui daun terup pula. Ia dikenali sejak abad ke-14 dan ke-15. Daun terup muncul terlebih dahulu diikuti oleh daun Tarot seabad kemudian. Ketahui nama kad tarot dari Arkana Utama dalam lebih daripada 35 bahasa lain (termasuk bahasa Jawa, Melayu, Sunda, Indonesia dan Bali). Sesuatu yang menarik berkenaan daun terup ini ialah daun terup Mlle Lenormand, yang dikenali sejak 200 tahun.

Kalau anda cenderung hendak mengetahui sesuatu lucu. Lihat cara tilik nasib luar biasa yang saya sudah tahu. Saya boleh menceritakan sesuatu berkenaan masa depan anda!

Berseronoklah melawat laman website saya!

Serena Powers

Google
Web www.serenapowers.com

Blue Jellyfish Press
The best in children's bilingual ebooks and language learning. Fun and affordable. Languages from Afrikaans to Zulu.

Balik semula ke atas