Klikkan di sini jika daftar tidak dilihat di sebelah kiri


Irama Hidup -
Bioritme

Teori mengenai bioritme atau irama hidup dikembangkan awal tahun 1900-an oleh dua doktor Eropah yang bekerja bersendirian, Dr Wilhelm Fliess di Berlin dan Dr Hermann Swoboda di Vienna. Mereka memandang bahawa orang mengikuti peredaran aktif dan pasif di kelakuan jasmaniah dan emosional. Peredaran jasmaniah berlangsung selama 23 hari dan peredaran emosional berlangsung selama 28 hari. Kemudian, Dr Friedrich Teltscher menambahkan peredaran mental yang berlangsung selama 33 hari.

Tiap peredaran mempunyai dua setengah, aktif dan pasif atau tinggi dan rendah, dari hari terbaik hingga hari terburuk. Bila peredaran melintasi dari salah satu setengah ke setengah lain, waktu ini bernama hari genting (critical day). Pada hari genting anda lebih cenderung akan kemalangan, ketidakstabilan, kesilapan dan umumnya ketidakimbangan.

Peredaran Jasmaniah
TINGGI Daya tahan jasmaniah, kesihatan dan keadaan jasmaniah umum, tindak balas baik terhadap perubatan.
GENTING Peka terhadap penyakit atau kemalangan.
RENDAH Istirehat diperlukan, pemulihan, mudah penat atau tegang.

Peredaran Emosional
TINGGI Kreativiti, kepekaan, suasana hati yang menyenangkan dan toleransi terhadap orang lain.
GENTING Mudah berasa jengkel dan gelisah, mudah sakit hati.
RENDAH Berasa lebih sedih dan kecewa. Mudah penat oleh berada diantara orang lain.

Peredaran Mental
TINGGI Kemampuan belajar, keyakinan pada diri, fikiran jernih.
GENTING Cenderung akan kesalahfahaman dan pertengkaran. Keputusan buruk. Kekeliruan.
RENDAH Baik untuk pengetahuan daripada mengembangkan gagasan baru.

* Java Biorhythm application courtesy of Jin Sato.

Legal notice:
Serena Powers assumes no liability or responsibility for any actions carried out based upon the advice given. All information offered in the course of a reading is offered as entertainment only.

Balik semula ke atas | Laman Utama