Klikkan di sini jika daftar tidak dilihat di sebelah kiri

Know thyself.

Panduan Serena tentang
Ilmu Nujum

Apakah kemunculan internet ditulis di bintang? Menurut Astrologi Duniawi sudah diramalkan oleh bintang.

Apakah anda boleh menemukan kunci yang hilang dengan menggunakan ilmu nujum? Memang. Seorang ahli astrologi pertanyaan boleh beritahu anda di mana ada.

Bagaimana dengan waktu yang paling baik untuk menjalani pembedahan? Jangan pada Bulan Penuh menurut astrologi kesihatan.

Ilmu nujum mempunyai sejarah panjang dan dihormati di beberapa bahagian dunia sejak ribu-ribu tahun yang lalu. Terdapat di pelbagai tradisi seluruh Eropah, India, Cina, Amerika Setengah dan Arabia. Ilmu nujum berasal dari percayaan bahawa kedudukan bintang dan badan langit lain di langit semasa waktu kelahiran mempengaruhi sifat Know thyself. seseorang dan takdirnya. Cara dibandingkan dengan itu ialah horoscopi yang melibatkan pemeriksaan bintang di langit untuk meramalkan petanda kedewaan, dan astrometeorologi yang meramalkan rajah cuaca dan bencana alam dari bintang.

Kemudian orang Yunani kuno sudah membangunkan kaedah astrologi mana ekliptik (jalan Matahari) diukur dari posisi Bumi dan sebuah kalender shamsiah yang tepat boleh diciptakan. Dari zaman itu planet-planet boleh ditetapkan relatif terhadap titik solstice dan equinox daripada hanyalah relatif terhadap mata angin dan titik zenith dan nadir dari sudut si pemerhati.

Ilmu Nujum diamalkan sejak beribu-ribu tahun di Arabia dan Eropah. Ilmu Nujum Barat adalah geosentrik, iaitu gagasan dasarnya menyatakan Bumi adalah pusat yang dikelilingi oleh Matahari.

Untuk mendirikan horoskop, anda perlu mempunyai sebuah efemeris atau takwim untuk mencari jadual planet, sebuah atlas untuk menetapkan garisan bujur dan garisan lintang tempat tertentu, sebuah Jadual Rumah untuk menetapkan Ascendant (planet yang terbit di kaki langit) dan pembahagian rumah. Perisian astrologi khas yang sekarang luas tersedia sudah memudahkan pengiraan matematik rumit itu.

Ada beberapa bahagian dalam ilmu nujum menurut matlamat mendirikan dan mentafsir carta astrologi.

Masukkan maklumat anda untuk mengetahui tanda astrologi Barat dan Cina anda...

Tahun
Bulan
Hari
Sun sign:
Tanda Cina:

Ilmu nujum di sekeliling Dunia

  • Ilmu Nujum Zaman Pertengahan
    Cara ini astrologi tidak bergantung kepada ephemerides luas atau komputer. Profections dan firdaria (cara Arab) digunakan untuk meramalkan kejadian dengan pengiraan sering dilakukan di kepala.

  • Astrologi Barat
    Ilmu nujum barat berasal dari pengetahuan sejak 3000 pra-Masehi. Dikirakan menurut efemeris Tropik.

  • Astrologi Vedik (Jyotish)
    Ilmu dihormati di India sejak 7000 tahun yang lalu, astrologi Jyotish atau Vedik mendasarkan pengiraan pada efemeris Sidereal.

  • Astrologi Cina
    Astrologi Cina dikuasai oleh dua belas haiwan zodiak cina dan lima unsur.

  • Astrologi Maya
    Rakyat Maya sudah menggunakan dua kalendar: tzolkin yang mengandungi tahun yang terdiri dari 260 hari, dan haab yang mengandungi tahun yang terdiri 365 hari. Kedua sistem berdasar peredaran 20 hari.

Bahagian di dalam Ilmu Nujum

Ada beberapa bahagian dalam ilmu nujum menurut matlamat menarik dan mentafsir surat nujum. Astrologi Pertanyaan digunakan menjawab soalan ditanya kepada tukang nujum. Astrologi pemilihan (elective astrology) digunakan untuk merancangkan kejadian dan peristiwa. Jawapan astrologi duniawi (mundane astrology) meramalkan aliran kejadian untuk bangsa-bangsa. Astrologi ramalan (predictive astrology) menelahkan masa depan. Astrologi kelahiran (natal astrology) menunjukkan sifat seseorang.

  • Astrologi Kelahiran (Natal Astrology)
    Cabang astrologi ini mengurus hidup perseorangan dan menggunakan horoskop didirikan untuk waktu kelahiran si penanya atau saat penting lain di hidupnya. Horoskop itu mendedahkan keperibadian, sifat dan potensi dasarnya seseorang. Kaedah astrologi ini terkenal sekali, dan ada dua pendekatan utama dalam astrologi kelahiran. Satu pendekatan menitikberatkan ramalan waktu peristiwa seperti perkahwinan, kerjaya dan anak-anak.
    Tetapi banyak ahli nujum moden cenderung untuk tidak mempedulikan pendekatan ini, mereka bergerak ke arah pendekatan kejiwaan saja. Pendekatan kejiwaan itu digunakan untuk menggambarkan sifat seseorang dan potensi kejiwaannya. Peristiwa pada masa depan diramalkan pada umumnya saja dan sebagai akibat kelakuan kejiwaan si penanya saja.

  • Astrologi Pertanyaan (Horary Astrology)
    Menjawab pertanyaan khusus daripada "Apakah saya akan dapat perkerjaan itu?" kepada "Di manakah kunci hilang saya?" Horary astrology memeberi telahan lebih dapat dipercayai dan lebih tepat daripada cabangan ilmu nujum yang lain.

  • Astrologi Pemilihan (Electional Astrology)
    Cara astrologi ini terkenal di seluruh dunia. Menjawab pertanyaan khusus sebagai "Bila tarikh yang sesuai untuk berkahwin?" dan "Bilakah saya harus memulakan perniagaan saya?" Cabang astrologi ini mengurus penentuan waktu yang paling bertuah untuk memulakan perusahaan, perjalanan, perkahwinan, perniagaan atau pelajaran.

  • Astrologi Kesihatan
    Cabang ini ilmu nujum berhubung dengan homeopati dan ubat jamu. Astrologi boleh mengatakan waktu terbaik memotong rambut anda (Bulan Penuh jika anda mahu rambut anda tumbuh lebat), menjalani perbedahan (jangan pada Bulan Penuh: bahaya pendarahan) maupun waktu terbaik mengandung anak.
    Pada umumnya, tiap tanda zodiak menguasai sebahagian badan. Misalnya, bila orang Taurus masuk angin atau sakit selsema, dia cenderung untuk sakit kerongkong, tetapi orang Gemini cenderung untuk menderita di paru-paru. Tanda zodiak anda mungkin menandakan mana anda mempunyai kelemahan.

    Aries/Hamal (mac 21-apr 20):
    Sakit kepala, luka kepala, kebakaran, potongan.

    Taurus/Thaur (apr 21-mei 21):
    Kerongkong, leher, telinga, rahang bawah.

    Gemini/Jauza (mei 22-jun 21):
    Paru-paru, saluran pernafasan, bahu, lengan, tangan dan jari, sistem saraf pusat.

    Cancer/Saratan (jun 22-jul 23):
    Dada, perut, saluran pencernaan dan masalah berhubungan dengan kebimbangan.

    Leo/Asad (jul 24-ogos 23):
    Jantung, tulang belakang dan belakang.

    Virgo/Sunbulah (ogos 24-sep 23):
    Usus, solar plexus, sistem saraf, masalah penghadaman dan masalah berhubungan dengan kegelisahan.

    Libra/Mizan (sep 24-okt 23):
    Pinggang, buah pinggang, belakang bahagian bawah.

    Scorpio/Aqrab (okt 24-nov 22):
    Sistem pembiakan, pundi kencing, sistem pembuangan.

    Sagittarius/Qaus (nov 23-dis 21):
    Paha, pinggul, salur darah, kelenjar pituitari.

    Capricorn/Jadi (dis 22-jan 20):
    Lutut, gigi, tulang, sendi.

    Aquarius/Dalu (jan 21-feb 19)
    Pergelangan kaki, pengaliran darah.

    Pisces/Hut (feb 20-mac 20):
    Kaki.

  • Astrologi Duniawi (Mundane Astrology)
    Astrologi Duniawi adalah bidang luas yang mengurus semua hal-ehwal yang terlibat negara, negeri, agama, perang dan revolusi, sastera dan ilmu sains.

    Masa kini Uranus berada di Aquarius (1995-2003) ertinya revolusi dalam gagasan, radikalisme, bentuk baru komunikasi (misalnya adalah internet).

    Pada tahun 1984-1998 Neptun di Capricorn sudah menitikberatkan kepercayaan materialistik tetapi tahun 1998 - 2008 (Neptun di Aquarius) akan membawa cita-cita lebih kemanusiaan. Orang akan menjadi lebih penting daripada untung.

    Pluto berada di Sagittarius (1995-2008) ertinya revolusi dalam perjalanan udara dan angkasa serta kehebatan emosional dalam falsafah dan agama.

    Bila Pluto bergerak ke dalam Capricorn pada 2008 kita boleh mengharapkan masa konservatisme yang mendalam dan revolusi kebendaan.

    Ada tiga cabang utama dalam astrologi duniawi:

    • Astrologi Kewangan (Financial Astrology) Bidang astrologi ini adalah keistimewaan diamalkan oleh tidak banyak ahli nujum. Ramai orang peniaga meminta nasihat pada ahli nujum. Wall Street, New York pun mempunyai ahli nujum tersebut yang mencuba mengelakkan publisiti demi kerana nama baik pelanggan mereka.
    • Astrologi Politik (Political Astrology) Astrologi politik mengurus hal-ehwal politik, ahli politik, kumpulan orang dan pertubuhan politik.
    • Astrologi Geofizik (Geophysical Astrology) Cabang astrologi ini memeriksa hawa, cuaca, dan semua fenomena semulajadi lain, terutama bencana seperti banjir, gempa bumi dan letusan volkanik.

  • Astrologi Ramalan (Predictive Astrology)
    Memberi ramalan untuk perseorangan, biasanya menurut transits (planet yang melewati) dan progressions, Anak Bulan, Bulan Penuh dan gerhana. Transits boleh berlangsung selama satu jam (Bulan) ke 18 bulan (Pluto) dan membawa suasana hati dan keadaan yang berubah-ubah tetapi juga pelajaran untuk diajar. Kebanyakan orang menjalani pelajaran susah di hidup mereka pada umur kira-kira 28-29 apabila mereka mengalami pulangan Zuhal pertama mereka (Zuhal pulang ke posisi kelahiran). Ramai orang menjalani perubahan semata-mata dalam hidup mereka pada masa ini. Jika tidak mengajar dari pelajaran susah ini, mereka akan mengalami lebih kesukaran pun apabila pulang semula pada umur kira-kira 56-58.

  • Astrologi Tanda Matahari (Sun Sign Astrology)
    Ini adalah horoskop yang anda membaca mungkin di akhbar atau majalah mingguan. Cara ini dari zaman pertengahan boleh tepat sekali tetapi cara ini memerlukan ahli nujum yang kemahirannya tingkat tinggi. Misalnya, apabila Utarid pergi retrograde (pergi ke belakang sebagai dilihat dari Bumi) semula 18hb Jan - 8hb Feb 2002 anda boleh mengharapkan penangguhan dan masalah dengan perjalanan pendek, komunikasi (surat kehilangan, kesalahfahaman, masalah dengan internet) terus sehingga 1 hb Mac tetapi tiap tanda zodiak akan mengalami masalah ini dalam kawasan lain dalam hidup mereka dan pada tingkat yang berbeza.
  • Ramalan melalui Tangan Astro (Astro-palmistry)
    Tradisi kuno dari India yang menggabungkan seni ramalan melalui tangan India dengan ilmu nujum Vedik.

Semua cabang ini yang berbeza didapati di astrologi vedik juga maupun dalam kebanyakan bentuk astrologi lain di sekeliling dunia, termasuklah astrologi Cina, Tibet, Maya dan Aztek.

Tidak ada ramai ahli nujum yang mengamalkan semua cabang astrologi. Kebanyakan bermula dengan Astrologi Kelahiran lalu menggabungkannya dengan cabang astrologi lain, sementara itu sedang membangunkan gaya diri sendiri. Oleh sebab astrologi tidak termasuk elemen keagamaan sendiri, astrologi boleh disesuaikan untuk memadankan kepercayaan keagamaan dan moral ahli nujum, yang kepercayaannya mungkin bervariasi dari agnostik ke beriman sekali.

Semula balik ke atas | Laman Utama